Kita sering mendengar peribahasa yang berbunyi ‘bagai anjing dengan kucing’ bagi menggambarkan perhubungan yang sering berkelahi antara satu sama lain setiap kali berjumpa.

Dalam dunia realiti juga, kita melihat kedua-dua haiwan anjing dan kucing ini tidak memiliki keserasian.

Kucing takut dengan anjing yang bersaiz jauh lebih besar manakala anjing juga tidak mahu berkawan dengan kucing. Tetapi berbeza pula dalam video ini di mana kedua-dua spesies haiwan berkenaan dilihat memiliki hubungan yang sangat akrab ibarat adik-beradik!

Amazing Nature/Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Amazing Nature yang sehingga kini meraih 43 ribu komen dan 81 ribu kali perkongsian, video istimewa ini berjaya menarik perhatian ramai pengguna internet yang menontonnya…

Video berdurasi 16 saat itu meskipun pendek dan ringkas tetapi berjaya mencairkan hati majoriti pengguna Facebook. Lihatlah betapa akrabnya hubungan antara dua haiwan yang berlainan spesies ini. Si kucing yang comel kelihatan sangat menyayangi anak anjing itu persis anaknya sendiri!

Amazing Nature/Facebook

Selain berpelukan antara satu sama lain, si kucing ini turut membiarkan anak anjing itu menggigit manja kaki hadapannya. Mesra sungguh hubungan ini di mana kedua-duanya kelihatan saling menyayangi dan memberikan pelukan yang hangat.

Jarang sekali kita dapat menyaksikan kejadian yang begitu berharga seperti ini. Rata-rata warganet sempat memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen. Antaranya:

Amazing Nature/Facebook

“Kasih sayang adalah satu perkara yang diperlukan oleh setiap makhluk di muka bumi ini”

“Saya percaya haiwan boleh memberikan kasih sayang dan belas kasihan yang lebih berbanding manusia. Saya memelihara anjing sepanjang hidup dan anjing-anjing ini sentiasa menjaga saya setiap kali saya tidak sihat”

“Jika kucing dan anjing boleh berkawan, saya rasa manusia juga perlu mencari cara untuk saling menyayangi dan tidak membezakan antara satu sama lain. Mungkin kita boleh menjadikan video ini sebagai pengajaran dalam kehidupan”

Lihat rakaman mereka berdua yang pastinya mencairkan hati anda juga:

Amazing Nature/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular