Haiwan yang bersaiz lebih besar daripada biasa sememangnya sangat comel dan menggeramkan. Tetapi malangnya, saiz badan yang besar ini juga berisiko berat untuk keadaan kesihatan mereka.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh Vixie, seekor anjing berbaka husky yang tinggal bersama dua orang pemiliknya di Korea Selatan. Menurut pemilik Vixie, ketika Vixie baru ditemui, Vixie hanya seberat 15 kg sahaja. Tetapi kini, berat Vixie telah mencecah 27 kg!

Untuk seekor anjing, jumlah berat ini sememangnya agak membimbangkan. Apatah lagi Vixie memang tidak gemar bersukan!

Vixie akan cuba memakan apa sahaja yang ditemuinya, tidak kiralah batu, bunga, rumput, kertas dan sebagainya. Dalam kata lainnya, Vixie akan cuba memakan segalanya andainya barang itu boleh dimakan!

Lucu tetapi sebenarnya berbahaya!

Menurut pemilik Vixie yang juga merupakan pengusaha restoran, ketika Vixie pertama kali ditemui, Vixie berada dalam keadaan yang lemah, tidak cukup zat dan dijangkiti penyakit.

Oleh sebab itu, tidak mustahil kini Vixie begitu menghargai makanan kerana Vixie mempunyai masa silam yang menyakitkan.

Sepanjang dijaga oleh pemiliknya, Vixie begitu gembira dan tidak pernah kelaparan. Hal ini kerana pemilik Vixie berasa simpati dengan masa lalu Vixie. Bagaimanapun, kini, keadaan Vixie sudah ‘terlebih’ bahagia sehingga Vixie mengalami obesiti.

Justeru, untuk mendapatkan nasihat dan cara yang sesuai untuk menjaga diet pemakanan Vixie, pemilik Vixie telah menghubungi sebuah rancangan televisyen di negara itu bagi membantu mereka mengawasi diet pemakanan Vixie.

Melalui rancangan ini, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu Vixie. Antaranya adalah dengan memberi makanan rendah kalori kepada Vixie, membawa Vixie untuk bersenam, melatih Vixie untuk mengawal nafsu makannya, memberi ganjaran kepada Vixie selepas Vixie selesai bersenam dan sebagainya.

Selain itu, pakar haiwan peliharaan yang diperkenalkan dalam rancangan itu juga turut memberi tips yang berguna kepada pemilik Vixie untuk melatih Vixie agar Vixie gemar bersenam.

Tonton perjalanan Vixie menurunkan berat badan di sini:

Tidak dinafikan bahawa sosok tubuh Vixie kini sememangnya sangat comel dan membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya berasa geram. Tetapi, sesuatu perlu juga dilakukan agar Vixie kekal sihat dan tidak menerima kesan akibat masalah obesiti.

Semoga Vixie berjaya menurunkan berat badan dan kekal comel sentiasa!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular