Roti merupakan salah satu makanan yang versatil, yang boleh dipelbagaikan.

Selain daripada menikmatinya dengan begitu sahaja, roti juga sedap dimakan dengan sapuan margerin, jem, kaya, dijadikan sandwich, ataupun jika rajin boleh dimasak menjadi pemanis mulut seperti puding roti atau hidangan kesukaan ramai, lasagna roti!

Bagaimanapun, menerusi entri kali ini, kita sekali lagi akan mempelbagaikan cara masakan menggunakan roti iaitu dengan menghasilkan roti pataya yang mudah, tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak dan semestinya menyelerakan.

Saya Suka Masak/Facebook

Resipi ini telah dikongsikan oleh Bonda Nora dan telah dihasilkan semula oleh laman kumpulan Facebook Saya Suka Masak.

Jom ketahui resipinya!

Bahan-bahan:

1. Satu tin kecil sardin (dihancurkan sedikit)

2. Setengah bawang besar yang dipotong dadu

3. 1 tangkai cili merah yang dipotong kecil

4. Sedikit air asam jawa

5. Secubit garam

6. 4 keping roti

7. 2 biji telur (dipukul sehingga sebati)

Cara-cara:

1. Untuk menghasilkan inti, tumiskan sardin bersama bawang besar, cili merah sebelum memasukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Ketepikan. (Sebagai alternatif, resipi ini juga boleh dihasilkan tanpa menumis bahan-bahan ini)

2. Dalam kuali yang besar, tuangkan telur yang telah dipukul dan ratakan di atas permukaan kuali sehingga menjadi sekata.

Saya Suka Masak/Facebook

3. Apabila telur hampir masak, letakkan sekeping roti di bahagian tengah dan sapukan inti di atas roti tersebut (rujuk gambar).

4. Letakkan sekeping lagi roti untuk menutup inti.

Saya Suka Masak/Facebook

5. Dengan segera, balutkan roti ditengah-tengah kuali berkenaan dengan telur seperti dalam gambar.

Saya Suka Masak/Facebook

6. Terbalikkan roti pataya tersebut untuk memastikan telur benar-benar masak dan melekat antara satu sama lain.

Saya Suka Masak/Facebook

7. Ulang langkah-langkah ini sehingga inti dan roti habis.

Saya Suka Masak/Facebook

Dengan hanya enam langkah mudah, kini hidangan roti yang pada mulanya nampak bosan kini telah pun berubah menjadi unik! Jika anda kreatif, resipi ini juga boleh digantikan dengan inti karipap untuk rasa yang sedikit berbeza.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular