Kuarantin di rumah atau di pusat-pusat kuarantin adalah wajib bagi setiap orang yang masuk ke negara ini. Tidak kira siapa, sama ada mereka orang asing, mahupun rakyat Malaysia sendiri semua orang wajib mengasingkan diri selama 14 hari sebelum disahkan positif daripada COVID-19. Tetapi, masih ada yang masih berdegil dan ingkar arahan ini sehinga menyebabkan mereka berhadapan dengan hukuman yang dikenakan kerajaan.

Namun begitu, di sebalik golongan yang ingkar itu sebenarnya masih ramai yang patuh dengan arahan tersebut. Misalnya, seorang ahli perniagaan Malaysia, Jeremy Looi yang menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang ramai dengan mengikuti semua arahan kuarantin yang dikenakan ke atasnya.

Facebook

Jeremy tiba di KLIA dari China pada 6 Ogos lalu. Dia dikatakan tidak pernah pulang ke Malaysia sejak 2008 kerana  keluarganya serta perniagaan mereka berpusat di Manila, Filipina di mana sempadannya masih ditutup untuk orang asing.

Sekembalinya dia ke Malaysia dia sudah tahu bahawa dia diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Jadi, untuk tujuan itu, dia sudah bersiap-siap untuk menjalani hari-hari tersebut dengan membeli pelbagai keperluan diri. Dia telah membawa pelbagai makanan dan minuman dari China dengan bagasi seberat 55 kg!

Facebook

Antara keperluan yang dibawa bersamanya ialah periuk, pinggan, pengukus dim sum, peralatan memasak, periuk induksi, makanan kering, sosej, telur, telur, bawang merah, makanan dalam tin, sos dan beberapa jenis makanan lain.

Facebook

Jeremy juga memberitahu bahawa dia sangat berterima kasih kerana mendapatkan bilik yang luas dan selesa sepanjang berada di hotel di mana dia menjalani tempoh kuarantin. Tidak hanya itu, bilik mandinya juga sangat besar sehingga dia boleh menyediakan pantry di dalamnya! Dia juga memberitahu bahawa dia diberi makanan sebanyak tiga kali sehari dan rasanya cukup enak!

Untuk melewati 14 hari, Jeremy memberitahu bahawa komputer riba adalah teman rapatnya. Dia dapat melakukan kerja-kerjanya serta dapat juga dia bersantai dengan membaca buku secara dalam talian. Bukan itu sahaja dia juga sering menonton Netflix dan TV kabel yang disediakan oleh pihak hotel. Untuk tetap cergas, dia juga membawa tikar yoga untuk melakukan senaman.

Facebook

14 hari berlalu, akhirnya pada 20 Ogos dia akhirnya selesai menjalani kuarantin dan untuk meraikan ‘kejayaan’ itu pihak hotel telah menghadiahkannya sebuah sijil. Jeremy sangat berterima kasih kepada  Malaysian Quarantine Support Group di Facebook kerana banyak membantunya sepanjang menjalani kuarantin.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular