Baru-baru ini, Duta Besar China ke Kiribati, Tang Songgen telah mengadakan lawatan ke Kiribati atas jemputan Presiden Kiribati merangkap Menteri Luar Negeri dan Imigresen, Taneti Maamau. 

Pada ketika sambutan, terdapat kira-kira 30 pemuda Kiribati yang berbaring mengadap tanah berdampingan antara satu sama lain, membentuk seperti hamparan atau permaidani.

Tang Songgen memijak punggung anak-anak muda ini sebagai ‘permaidani manusia’ atau seperti karpet merah sebaik sahaja beliau turun dari pesawat. 

@CP_Suva/Twitter

Pendedahan gambar itu telah mengejutkan masyarakat antarabangsa dan menjadi tular dengan pelbagai komen mengecam.

Menurut laporan media, Duta Besar China Tang Songgen sebelum ini meminta Presiden Kiribati dan Menteri Luar Negeri Taneti Maamau yang pro-Parti Komunis China (PKC) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Gambar Tang Songgen yang turun dari pesawat menjadi tular di media sosial, menunjukkan Tang Songgen dipimpin oleh dua orang wanita yang berpakaian tradisional Kiribati dan beliau memijak ‘permaidani manusia’ oleh kira-kira 30 anak muda lelaki sebaik Tang Songgen memijakkan kakinya ke tanah Kiribati.

Sungguhpun pegawai tempatan menjelaskan bahawa upacara itu sangat biasa di dalam majlis perkahwinan Marakei Kiribati, yang kebiasaannya dilakukan ketika ahli keluarga pengantin lelaki akan berbaring ke tanah dan membiarkan keluarga pangantin wanita berjalan di atasnya.

Adat tradisi ini dijalankan sebagai tanda penyatuan kedua belah keluarga pengantin dan mengalu-alukan kedatangan mereka dan ia adalah sambutan yang mulia menurut budaya tempatan yang unik.

Namun, wartawan bebas tempatan Rim Rimon mengatakan bahawa Duta Besar Taiwan telah mengunjungi pulau yang sama pada masa lalu, tetapi tidak pernah menerima sambutan ‘penghargaan’ menurut adat tradisi yang seperti itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Global Autopsy (@globalautopsy) on

Beliau turut mengatakan bahawa beberapa penduduk tempatan merasa marah, kecewa dan malu setelah melihat upacara sambutan tersebut.

Drew Pavlou, anggota Majlis Universiti Queensland di Australia, berkongsi gambar ini di Facebook dan menuduh PKC sebagai ‘negara imperialis yang berusaha untuk menjajah dunia’.

Ahli Parlimen Australia, Dave Sharma yang pernah ditempatkan di negara-negara Kepulauan Pasifik, juga amat terkejut ketika melihat gambar-gambar itu. Beliau memberitahu Australian Broadcasting Corporation (ABC) bahawa dia sangat terkejut jika seorang diplomat Australia menghadiri upacara seperti itu.

Pada 18 Ogos, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia Bruce Cowled di Kiribati mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghadiri upacara serupa.

Constantine Panayiotou, seorang pegawai tentera untuk Duta Besar Amerika Syarikat di Kiribati berkata adalah mustahil untuk membayangkan bahawa mana-mana duta besar ke mana-mana negara boleh menerima tingkah laku berjalan di belakang kanak-kanak atau orang dewasa. Beliau memerli dan mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Komunis China ke Kiribati yang membuka mata.

Tang Songgen dilantik sebagai Duta Besar China ke Kiribati pada bulan Mac. Beliau mengeluarkan kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa ketika memimpin pasukan kedutaan untuk mengunjungi tiga pulau terpencil termasuk Maracay, dirinya menerima ‘sambutan hangat’.

Kiribati terdiri dari tiga kepulauan yang pernah menjadi jajahan Inggeris. Ia mempunyai kawasan maritim yang setara dengan India, dan ia menjadi kedudukan strategik yang penting dalam persaingan Amerika Syarikat dan China ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MSFS Screenshots (@msfsscreenshots) on

Tahun lalu, Presiden Maamau tiba-tiba memutuskan untuk mengakhiri hubungan diplomatik selama 17 tahun dengan Taiwan dan bergabung dengan pemerintah PKC. Ini menyebabkan Amerika Syarikat berasa bimbang dengan pembinaan infrastruktur dua kegunaan oleh PKC di pulau terbesar di Kiribati iaitu Pulau Christmas, yang hanya 2,000 kilometer dari pangkalan Armada Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii.

Pada masa ini, Kiribati dan sebuah syarikat dari China telah bersama-sama mengembangkan kemudahan perikanan di Pulau Christmas. Namun, Presiden Maamau secara terbuka membuat kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa beliau tiada niat untuk membenarkan Komunis China menggunakan pangkalan tenteranya di Pulau Christmas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular