Guru merupakan insan yang begitu banyak berusaha untuk memastikan setiap pelajarnya diberi pendidikan sebaik yang mungkin, bukan?

Tapi apa tindakan kita untuk menghargai pengorbanan mereka itu? Pada 12 Ogos lalu, seorang guru di Filipina, Cesar Punzalan yang berusia 50 tahun menerima satu kejutan yang begitu bermakna.

Kejutan tersebut dibuat oleh para pelajar guru berusia 50 tahun yang bertugas di Immaculate Heart of Mary School yang terletak di Laguna, Filipina.

Difahamkan bahawa guru terbabit terpaksa berjalan lebih kurang 8 kilometer untuk tiba ke sekolah daripada rumah pada setiap hari untuk menjalankan amanah yang dipikulnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Oleh kerana berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh, maka keadaan kasut Cesar sudah tentunya menjadi lusuh.

Sehinggalah pada 12 Ogos lalu, sebelum Cesar mahu memulakan sesi pengajaran, seorang daripada pelajarnya di dalam kelas mula bersuara.

“Cikgu, sebelum cikgu mula mengajar, kami mahu memberikan sesuatu”. Kemudian kelihatan seorang pelajar memberikan kotak yang diikat dengan riben kepada guru mereka.

“Apa ini?”, soal guru itu kebingungan. Pelajar yang nakal kemudian bergurau dengan mengatakan bahawa isi didalamnya berkemungkinan kodok mahupun lipas.

Guru terbabit kemudian dilihat membuka ikatan riben ini dan pada ketika itu, seorang pelajar dilihat memberikan gunting bagi memudahkan proses guru mereka membukanya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Sebelum kotak itu dibuka, para pelajar meminta Cesar untuk meneka apa agaknya kandungan di dalam kotak berkenaan.

Keseluruhan kelas bersorak sebaik sahaja Cesar membuka dan melihat isi kotak berkenaan. Ternyata ia merupakan kasut kulit baru khas buat guru mereka.

“Mengapa kamu semua membelanjakan wang untuk saya?”, soalnya yang pada ketika itu sempat menenung kasut pemberian anak muridnya.

“Setiap daripada kami menyumbang wang untuk membeli kasut ini kerana kami sayangkan cikgu”, kata salah seorang pelajar.

Ketika Cesar kelihatan sebak dan bungkam, seorang pelajar lagi menambah. “Ia merupakan hadiah tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah cikgu lakukan pada kami.”

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Cesar difahamkan mempunyai seorang anak yang sakit dan hampir kesemua pendapatannya digunakan untuk merawat anaknya.

Jelas Cesar, dia langsung tidak mengharapkan balasan ke atas apa yang telah dicurahkan pada para pelajarnya itu. Dia hanya mahu ilmu disampaikan pada mereka.

“Tapi cikgu, sebelum kami meninggalkan sekolah, kami mahu memberikan cikgu sesuatu yang dapat menggembirakan cikgu”, kata pelajarnya.

Ternyata Cesar sangat terharu. Kini, dia mempunyai kasut baru untuk menemaninya dalam perjalanan ke sekolah setiap hari.

Saksikan video penuh di bawah :

Filipino teacher receives a heartwarming gift

It’s really great to see these students showing their respect and appreciation to their teacher 😇💕

Credit: Newsflare

Posted by Trending World by The Epoch Times on Monday, 17 August 2020

 

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular