KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia setelah kenderaan yang dipandunya terjatuh daripada tingkat tiga tempat letak kereta.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Sentul dipercayai pada waktu petang 20 Ogos.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu ditemui di kawasan lapang tingkat bawah pangsapuri disahkan maut di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah dialami di bahagian kepala dan dada.

Jentera dan ambulans ERMS, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dikerahkan bersama dengan sembilan anggota ke lokasi insiden berlaku.

Menurut Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba, Hafizan Hassan berkata pihaknya mendapati kenderaan jenis Toyota Land Cruiser dinaiki mangsa, terlanggar tembok di tempat letak kereta.

“Siasatan mendapati itu mangsa yang menaiki kereta bernombor pendaftaran PDF7199 telah terlanggar tembok tempat letak kereta di tingkat tiga lalu menjunam ke bawah”.

Hafizan turut mengesahkan bahawa mangsa yang berbangsa Melayu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Hospital Kuala Lumpur.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular