Semua orang sukakan kejutan. Tidak kiralah sama ada kejutan berkenaan daripada sesiapa sekali pun, atau hadiah yang diberikan mahal atau murah, sekiranya ia datang daripada insan yang kita sayang, ianya pasti akan menjadi kenangan bermakna.

Pada 13 Ogos lalu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aien Suraya telah berkongsi salah satu peristiwa paling manis yang berlaku dalam hidupnya. Menurut perkongsian Aien, dia telah menerima satu kejutan istimewa daripada suami tercinta.


Dalam perkongsian di Facebook itu, Aien menyatakan bahawa dia sudah tiga bulan tidak menggunakan perkakas memasak air fryer di rumahnya. Bagaimanapun pada hari kejadian, ketika Aien membuka air fryer, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati terdapat seutas rantai emas dan sebentuk cincin di dalam alat memasak tersebut.

Lebih istimewa lagi, Aien mendedahkan bahawa suaminya telah meletakkan barang kemas berkenaan sejak dua bulan yang lepas sebagai kejutan. Bagaimanapun, hanya selepas dua bulan baru Aien menyedari kejutan berkenaan. Malah, selama tempoh berkenaan, suaminya langsung tidak memberikan sebarang petunjuk kepada Aien. Sebaliknya, dia hanya membiarkan isterinya mengetahui kejutan itu dengan sendiri.

“Sudah tiga bulan tak guna. Hari ini baru nak guna, tengok-tengok ada kejutan dari encik suami. Rupanya dah dua bulan dia letak dalam tu dia tunggu sampai saya buka”.

Ketika menemui hadiah berkenaan, Aien menceritakan bahawa suaminya hanya mentertawakannya kerana penantian selama dua bulan akhirnya ditamatkan dengan peristiwa yang cukup berharga. 

Kisah Aien yang merupakan seorang usahawan dan pengasas kepada perniagaan Bawal Taste ini menjadi perhatian ramai netizen yang rata-ratanya turut berharap agar menerima kejutan yang manis seperti itu. Sesiapa pun pasti akan rasa bahagia seandainya menerima kejutan yang unik sebegitu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular