NEW DELHI – Bekas Presiden New Delhi, Pranab Mukherjee dilaporkan telah sah dijangkiti wabak COVID-19 pada 10 Ogos lalu. Kenyataan berkenaan telah dikeluarkan secara rasmi pada Ahad lalu oleh Hospital Ketenteraan di New Delhi, India.

 

Sehingga kini, keadaan kesihatan Mukherjee masih tidak menunjukkan tanda positif. Beliau kini berada dalam koma dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan alat sokongan jangka hayat.

Sebelum ini, Mukherjee yang berusia 84 tahun pernah memerintah India sebagai Presiden negara berkenaan sejak tahun 2012 hingga 2017. Malah, beliau juga pernah memegang portfolio sebagai Menteri Luar Negeri dan Menteri Kewangan di India.

Pada Isnin lalu, Kementerian Kesihatan India telah mengeluarkan data rasmi yang menunjukkan terdapat lebih daripada 900 kematian baharu dilaporkan dalam masa 24 jam dan hal ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan wabak ini melebihi 50,000 individu.

India kini menduduki carta keempat menggantikan United Kingdom dalam senarai negara yang paling terjejas di dunia akibat penularan pandemik. Kedudukan tertinggi adalah Amerika Syarikat diikuti Brazil di tempat kedua dan Brazil di tangga ketiga.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular