Walaupun rumah dirasakan sebagai lokasi paling selamat namun ia sebenarnya masih lagi berpotensi untuk mendatangkan bahaya buat anak-anak anda, khususnya yang masih kecil.

Oleh itu, memastikan rumah dalam keadaan yang selamat merupakan satu perkara yang penting untuk dilakukan. Pun begitu, malang tidak berbau boleh berlaku.

Seperti rakaman video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo) on

@makassar_iinfo/Instagram

Kita dapat lihat seorang kanak-kanak yang mahu bermain terjatuh lalu terkena cermin yang didirikan begitu sahaja di atas lantai.

Walaupun cermin itu pada dasarnya difikirkan tidak akan mendatangkan bahaya, namun situasi sebegini ternyata membuktikan sebaliknya.

@makassar_iinfo/Instagram

Mujurlah bapa kepada kanak-kanak berkenaan segera bertindak dengan menghalang cermin itu daripada menimpa seorang lagi anaknya yang berbaring di lantai.

@makassar_iinfo/Instagram

Bayangkan jika tiada siapa yang berada di sana untuk mengawasi anak-anak, sudah pasti ia tidak berakhir dengan baik.

Kejadian sebegini sebenarnya dapat dielakkan, di mana setiap ibu bapa perlu meletakkan aspek keselamatan melebihi segalanya.

Cermin sebegitu ternyata tidak sesuai diletakkan di kediaman yang mempunyai anak kecil kerana cukup berbahaya.

Bahkan tidak sesuai juga untuk individu yang memelihara kucing atau anjing di rumah. Ingat ya ibu bapa sekalian!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular