Bantu membantu sememangnya merupakan satu amalan yang mulia. Syukur kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, seorang wanita di Facebook yang menggunakan nama akaun Jane Lye ada berkongsi satu situasi yang begitu mengharukan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan Jane, jelas kelihatan terdapat seorang lelaki yang agak berusia duduk di tepi jalan.

Apabila ditanya, lelaki itu menerangkan bahawa dia mahu pulang ke kampung halamannya iaitu di Pulau Tioman tetapi mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, dia sebenarnya mahu mencari kerja di restoran bagi mencari wang namun tidak diterima bekerja.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa dirinya mengalami sakit jantung dan pada ketika video itu dirakam, kelihatan dirinya juga seperti tercungap-cungap. Kasihannya!

Tidak sampai hati melihat lelaki itu, Jane memutuskan untuk membantunya.

“Tak apa. Kita hantar you pergi sana (terminal bas), kita bagi duit beli tiket kasi balik”, kata salah seorang daripada mereka.

Jane turut meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan agar lelaki itu selamat tiba di kampung halamannya.

“Saya mahu bagi dia naik kereta api atau bas ekspres, dia tak mahu kerana takut sesat jalan. Dia cuma tahu naik bas yang perlu ditukar banyak kali. Saya risau kerana dia sukar bernafas”, tulis Jane.

Keikhlasan Jane membantu lelaki itu mendapat perhatian warganet, di mana rata-rata pengguna memuji dan bersyukur kerana Jane sudi membantu lelaki berkenaan.

Jane Lye/Facebook

Semoga lelaki tersebut selamat tiba di rumahnya..

Terima kasih kepada Jane dan anaknya, Celine.

Semoga apa yang dilakukan mereka menjadi contoh buat kita agar sudi membantu insan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular