Rasa takut terhadap katak atau pun kodok merupakan satu fobia, dikenali sebagai fobia katak ataupun ‘ranidaphobia’.

Kadang kala seseorang itu bukanlah takutkan katak namun mungkin berasa geli melihat makhluk berkenaan.

Foto hiasan/Pixabay

Seperti seorang wanita yang dikenali sebagai Rina ini. Baru-baru ini, pasukan bomba dan penyelamat Ampang ada berkongsi butiran operasi kecemasan yang dilakukan.

Pasukan bomba difahamkan menerima panggilan pada jam 9:40 malam daripada Rina yang tinggal di Apartment Seri Baiduri, Bukit Indah ekoran ada seekor katak pada pintu rumahnya.

“Anggota bertindak menangkap dan melepaskan katak tersebut di tempat selamat”, tulis akaun Balai Bomba dan Penyelamat Ampang di Facebook.

Oleh kerana katak bukanlah haiwan yang begitu ‘mengancam’ keselamatan manusia, sudah pasti perkongsian itu banyak menerima reaksi daripada netizen.

Balai Bomba dan Penyelamat Ampang/Facebook

Lain orang, lain fobianya. Mungkin pada ketika itu tiada siapa bersama Rina untuk bantu menghalau dan mengeluarkan katak itu, bukan?

Nasib baik ada pasukan bomba yang sentiasa ada dan bersedia tiap masa untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular