Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya adalah satu kemestian buat semua pengguna jalan raya tidak kiralah sama ada anda memandu atau menunggang. Selain daripada mengikuti arahan yang telah ditetapkan, kita juga perlu memastikan keadaan kenderaan dan mematuhi spesifikasi yang dibenarkan.

Sebagai contoh, nombor plat, enjin dan tayar tidak boleh diubahsuai sesuka hati tanpa kebenaran. Bahagian cermin kenderaan juga perlu dititik beratkan kerana jika terlalu gelap, anda mungkin akan berhadapan dengan hukuman denda dan saman.

Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menjalankan operasi dan menyaman beberapa pengguna jalan raya yang didapati melanggar arahan dengan tidak mematuhi peratusan kegelapan cermin kereta.

Dalam Ope Khas Cermin Gelap itu, dilaporkan kesemua pemandu yang disaman tidak mengikuti arahan yang ditetapkan untuk:

  • 70% ketelusan cahaya bagi bahagian hadapan cermin
  • 50% ketelusan cahaya bagi bahagian kiri dan kanan cermin pemandu

Dalam operasi berkenaaan, sebanyak 108 buah kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 216 notis saman telah dikeluarkan terhadap kesemua pemandu yang bersalah. Saman ini bukan sahaja dikenakan kepada pemandu kenderaan tetapi juga pemandu van dan lori.

Operasi ini dijangka akan terus dijalankan bagi memastikan kesemua pengguna jalan raya mematuhi arahan. Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebab yang munasabah atas tindakan anda menggelapkan cermin kereta, anda boleh menghantar borang permohonan kebenaran di laman rasmi JPJ.

Sebagai contoh, sekiranya tujuan anda menggelapkan cermin kenderaan atas faktor perubatan atau keselamatan, kenderaan berkenaan haruslah didaftarkan anda nama anda dan anda juga akan dikenakan caj sebanyak RM50 sahaja. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular