Ramai orang yang sebenarnya suka dengan haiwan peliharaan tetapi ramai juga yang tidak bersedia untuk memelihara haiwan di rumah.

Mungkin kerana tiada masa, atau mungkin tiada komitmen untuk membela haiwan jadi mereka memutuskan untuk tidak memelihara haiwan di rumah.

Namun, semua itu sebenarnya jauh lebih baik daripada membiarkan haiwan peliharaan kelaparan atau mungkin kekurangan perhatian setelah memutuskan untuk membela haiwan di rumah.

KOIN 6/YouTube

Tidak tahu di mana silapnya atau apa yang dialami oleh seorang wanita, dia telah memutuskan untuk membiarkan haiwan peliharaannya sendiri berdekatan dengan hutan bersendirian. Tindakan itu telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup yang terletak di sebuah rumah di Portland, Oregon.

Apa yang berlaku ialah muncul sebuah kereta di situ. Seorang wanita kemudian keluar dan seterusnya dia membuka pintu di bahagian penumpang untuk mengeluarkan anjingnya. Anjingnya keluar dan terus mengikutinya. Dia kemudian masuk semula ke dalam kereta dan membiarkan anjingnya di situ.

Namun, hanya seketika dia keluar semula daripada kereta dan terus menuju ke dalam hutan dengan diikuti oleh anjingnya. Menyangka bahawa  tuannya mahu membawanya berjalan-jalan anjingnya terus mengikuti wanita itu.

Selepas beberapa ketika wanita itu keluar dari hutan dan bergegas memandu keretanya pergi dari situ tanpa anjingnya yang sudah dibiarkan di dalam hutan sendirian. Beberapa minit kemudian anjing tersebut berjaya keluar dari hutan itu dan sepertinya mula kebingungan. Dia mengejar kereta yang lalu di situ dengan harapan itu adalah tuannya.

@kelleeAzar/Twitter

Kini, anjing yang diberi nama Henry itu sudah ditempatkan di tempat perlindungan haiwan. Tidak lama selepas itu jabatan perlindungan haiwan telah berjaya menemui pemilik Henry yang telah meninggalkannya sendirian.

Namun begitu, Henry tidak boleh dikembalikan semula kepada pemiliknya kerana mengikut undang-undang wanita itu telah menyerahkan Henry kepada pertubuhan persatuan kemanusiaan dan mereka akan mencari rumah baru untuk Henry.

Setelah cerita mengenai Henry menjadi tular, ramai orang menawarkan diri untuk menjaga dan memelihara anjing itu.

Jabatan perlindungan haiwan juga mengingatkan semua pemilik bahawa jika mereka tidak dapat terus menjaga anjing mereka kerana alasan ekonomi atau alasan lain, mereka boleh meminta pertubuhan persatuan kemanusiaan tempatan dan tidak pernah meninggalkan anjing mereka begitu sahaja.

Perbuatan yang dirakam oleh kamera litar tertutup:

KOIN 6/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular