Kes jenayah kecurian kenderaan berlaku setiap hari dan sudah semestinya tidak mampu dielakkan sekiranya pencuri di luar sana sentiasa bergiat aktif dengan kegiatannya dan mereka tidak mahu berasa insaf.

Pelbagai jenis kenderaan menjadi mangsa kecurian setiap hari, termasuklah motosikal, kereta, van, kenderaan pacuan empat roda malahan lori.  

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Vehicle Thief Reduction Council of Malaysia (VTREC), kenderaan yang paling banyak dicuri di Malaysia setiap tahun adalah motosikal.

VTREC

Motosikal mencatatkan kadar kecurian paling tinggi berbanding kereta persendirian dan kenderaan komersial.

Bagaimanapun, hasil kerjasama pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah kecurian kenderaan, kadar kecurian kenderaan dilihat semakin menurun setiap tahun.

Meskipun angka yang dicatatkan mengalami penurunan, kes kecurian kenderaan melibatkan motosikal tetap berlaku setiap hari.

Namun, tahukah anda sebagai pemilik motosikal, antara kaedah paling berkesan untuk memastikan motosikal anda selamat daripada menjadi mangsa kecurian adalah dengan memasang pengesan Global Positioning System atau ‘GPS Tracker’ ke atasnya.

Seorang pengguna Twitter bernama Wan Haziq baru-baru ini mendedahkan dan berkongsi pengalaman bagaimana motosikalnya telah dicuri dan nasibnya amat baik kerana hasil pemasangan alat peranti GPS Tracker, motosikalnya telah berjaya dikesan dan ditemukan semula dengan bantuan pihak polis dalam jangka masa 2 jam.

Ikuti perkongsiannya di bawah:

@whaziqmahazir/Twitter

Di bawah adalah gambar-gambar ketika motosikalnya dijumpai di rumah suspek.

@whaziqmahazir/Twitter

Menurut Wan Haziq, kes kecurian ini dipercayai melibatkan dua orang suspek.

@whaziqmahazir/Twitter

Suspek yang diberkas seperti dalam gambar adalah si tukang buka dan bongkar motosikal yang sudah dicuri oleh seorang lagi rakan suspek yang menjadi si pencuri motosikal, yang ketika itu tiada di lokasi serbuan.

@whaziqmahazir/Twitter

Wan Haziq menggunakan GPS Tracker keluaran Pitstop. Menariknya, alat peranti tersebut boleh dihubungkan terus dengan telefon pintar yang mampu menjejaki motosikal anda, yang berada di mana sahaja.

@whaziqmahazir/Twitter

Jadi kita boleh sentiasa semak kedudukan motosikal hanya melalui paparan skrin telefon dari semasa ke semasa.

@whaziqmahazir/Twitter

@whaziqmahazir/Twitter

Peranti bermanfaat menggunakan kad sim ini bukan sahaja boleh dipasang pada motosikal, malahan ke atas semua jenis kenderaan lain dengan fungsi menjejak yang sama.

@whaziqmahazir/Twitter

Ekoran perkongsian Wan Haziq yang mendapat perhatian netizen dengan lebih 19,000 retweet dan hampir 15,000 tanda suka, beberapa persoalan telah diajukan kepadanya kerana mereka juga kini berminat untuk mendapatkan alat pengesan kenderaan ini.

@whaziqmahazir/Twitter

@whaziqmahazir/Twitter

Baru tahu, peranti ini bukan saja berfungsi untuk mengesan lokasi malah banyak lagi fungsi lain yang sangat membantu ketika ia di pasang ke atas pelbagai kenderaan.

@whaziqmahazir/Twitter

Sebagai langkah untuk sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan, terutama bagi pemilik dan pengguna motosikal, anda dinasihatkan untuk memasang peranti GPS Tracker ini jika berkemampuan, dan harganya amat berpatutan dan tidak mahal.

@whaziqmahazir/Twitter

GPS Tracker juga boleh didapati di Shopee dan LAZADA jika anda arif dan mahu memasangnya sendiri.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular