Seorang lelaki dari Darwin, Australia meninggal dunia mengejut selepas dirempuh ikan yang ‘terbang’ semasa dia sedang memancing bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Lelaki itu yang juga seorang nelayan terkena rempuhan ikan seberat 18 kilogram yang tiba-tiba terbang keluar dari air dan mendarat ke atas dadanya. 

Hentakan yang kuat telah menyebabkan lelaki ini terus rebah dan tidak boleh bernafas. Lelaki ini disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang pada 14 Ogos, lelaki yang berusia 56 tahun itu bersama saudara-mara dan rakan-rakannya pergi ke Pelabuhan Teluk Cullen di Darwin untuk aktiviti memancing. 

Facebook / Sekadar Gambar Hiasan

Tanpa disangka, seekor ikan besar tiba-tiba melompat keluar dari permukaan air dalam proses itu. Badan ikan berkenaan terus terkena tepat ke atas dada lelaki itu. Kesan hentakan yang terlalu kuat telah menyebabkan lelaki itu rebah di tempat kejadian.

Saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di sisinya berasa amat terkejut dan panik dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba. 

Mereka membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan dan bergegas menaiki bot untuk pulang semula ke Pelabuhan Darwin bagi menghantar lelaki itu mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera di daratan.

Facebook / Sekadar Gambar Hiasan

Petugas perubatan bersama polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan dan mendapati pernafasan lelaki itu sangat lemah. 

Walaupun lelaki itu didapati masih bernafas, namun dia berada dalam keadaan kritikal. Pasukan paramedik cuba menyelamatkannya dengan melakukan prosedur bantuan pernafasan CPR, tetapi malangnya, dia akhirnya telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Selepas insiden terbabit, seorang nelayan tempatan bernama James Crane berkata kepada media bahawa ikan besar itu adalah ikan mackerel atau tenggiri yang beratnya sekitar 18 kilogram. 

Pada masa kejadian, ikan yang tiba-tiba terbang keluar dari permukaan air telah menikam dada lelaki itu dengan hentaman kuat menyebabkan kecederaan dalaman yang amat serius.

Pexels/ Gambar Hiasan

Sebab kematian lelaki itu belum diumumkan secara rasmi kerana pihak polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat. Polis berkata insiden ini adalah kemalangan yang aneh dan pelik.

Saudara-mara dan rakan-rakan lelaki terbabit masih lagi berada dalam keadaan terkejut, dan bersedih dengan kematian itu.  Sebagai menghormati privasi dan permintaan keluarga si mati, butiran lanjut mengenai lelaki terbabit telah dirahsiakan.

Malang itu tidak berbau dan ajal akan datang menjemput dengan tidak menunggu walau sedetik dengan sebab musababnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular