Pernahkah anda terlihat panahan kilat berserta dengan pelangi? Ianya 2 dalam 1 – indah dan mengerikan buat mereka yang takutkan kilat.
Fenomena tersebut dapat disimpulkan apabila titisan hujan yang mematikan cas elektrik untuk menghasilkan kilat.
Foto hiasan/Twitter
Namun untuk menghasilkan pelangi, hujan perlu menyebarkan cahaya matahari bagi memisahkan cahaya menjadi warna pelangi.
Pelangi terhasil apabila gelombang cahaya membengkok atau dibiaskan ketika cahaya berkenaan melalui titisan-titisan hujan.
Cukup bertuah menyaksikan kejadian itu, seorang lelaki bernama Steven Miller yang menetap di Wrexham, North Wales berjaya merakamkan fenomena indah berkenaan.
Menurut Steven, dia pada ketika itu sedang mengajar kelas latihan peribadi di perkarangan halaman rumahnya.
Tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan itu, Steven kemudian difahamkan segera mengeluarkan telefon bimbitnya.
Sebaik sahaja telefon bimbitnya dikeluarkan, satu panahan kilat yang besar muncul di udara, diikuti dengan kewujudan pelangi yang membengkok.
“Ianya berlaku tepat pada masa dan lokasi. Kami telah diberi amaran kuning jadi saya fikir saya akan dapat rakam panahan kilat yang bagus”, kata Steven.
Rakaman yang diambil pada 12 Ogos lalu jelas menunjukkan kilat berwarna ungu yang melintasi pelangi.
“Ianya sangat sempurna. Saya rasa macam menangis keterujaan apabila melihatnya. Ianya sangat indah untuk dilihat. Ianya satu dalam sejuta”, akhirinya.
Rakaman video tersebut:
Maybe you're interested :
- Tandas begitu kotor tiada siapa yang urus, beberapa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Sabah berpakat membersihkannya sendiri
- 16 pengamal Falun Gong dikenakan hukuman penjara atas kepercayaan mereka
- Terbaring ‘nipis’ seperti permaidani, gambar kucing yang sedang menjalani ujian sinaran X. Lucu betul!