Sebuah hotel di Bangkok, Thailand yang akan membuka cawangan baru telah mengiklan jawatan kosong untuk mengambil 300 pekerja dan mengadakan temu duga pada 16 Ogos di mana hotel ini dijangka akan mengisi 300 kekosongan jawatan dengan gaji permulaan 20,000 baht (RM2,690).

Namun apa yang mengejutkan, lebih 8,000 pemohon telah muncul dalam barisan yang panjang di hadapan Hotel Asawin Miracle Grand Convention yang berada di daerah Lak Si.

Menurut Bangkok Insight, Kumpulan Miracle Hotel merancang untuk membuka hotel baru pada tahun 2021 yang memerlukan 300 pekerja baru dalam beberapa lapangan kekosongan jawatan. Pendaftaran dan saringan temu duga telah diadakan pada 16 Ogos.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

Bangkok Post melaporkan pihak hotel mendapati sejak jam 4 pagi, sudah terdapat kira-kira 5,000 orang yang beratur di hadapan hotel.

Bahkan terdapat laporan bahawa beberapa orang didapati telah bermalam di pintu hadapan hotel pada malam sebelumnya, menunggu untuk sesi pendaftaran dan temuduga yang bermula pada jam 8 pagi.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

Kekosongan jawatan itu termasuk pengurus besar, pengurus ‘housekeeping’, setiausaha pentadbiran, cef, kakitangan servis dan perkhidmatan serta lain-lain yang terbuka untuk semua pemohon sama ada mempunyai pengalaman berkaitan hotel serta graduan baru. 

Pada akhir sesi pendaftaran dan temu duga yang selesai pada jam 5 petang, lebih daripada 8,000 pemohon telah mendaftar untuk mengisi 300 kekosongan jawatan tersebut.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

Difahamkan, pemohon kerja datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Ramai yang datang dari wilayah lain, dengan ada yang menaiki bas henti-henti dari jauh untuk memohon jawatan tersebut.

Oleh kerana bilangan pemohon yang ramai, eksekutif bahagian minuman dan kedai di hotel itu berasa amat terkejut, bahkan ada antara mereka yang datang menghampiri barisan pemohon yang panjang itu untuk memberi sokongan.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

Aswin Ingkakul, Presiden Kumpulan Miracle Hotel memberitahu wartawan bahawa beliau tidak menyangka begitu ramai orang akan datang untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan, lantas beliau dengan segera mengarahkan kakitangannya untuk menambah air minuman, makanan ringan dan makanan masak dari hotel untuk semua pemohon yang sedang bersiap sedia untuk ujian dan temu duga.

Beliau juga meminta pihak pengurusan mempercepatkan masa pendaftaran dan sesi temu duga kepada satu jam lebih awal dari jadual yang sepatutnya.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

“Saya sedar bahawa kehidupan semua orang sangat sukar sekarang, dan kakitangan kami amat menghormati setiap pemohon. Dengan melihat begitu ramai pemohon, kami tahu bahawa ekonomi domestik masa kini masih berada dalam keadaan yang lemah,” kata Aswin.

Aswin mendedahkan setelah pandemik COVID-19 melanda dan perintah berkurung, Thailand melarang pelancong asing memasuki negara dan pelancong domestik juga turut menurun dengan jumlah keseluruhan perniagaan telah merosot sehingga 90 peratus.

Tetapi Aswin terus yakin keadaan ekonomi akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Miracle Grand Convention Hotel/Facebook

Pihak hotel berkata sebaik para pekerja diambil, pekerja baru akan memperoleh gaji 20,000 baht (RM2,690) sebulan, tetapi mereka juga akan menerima tambahan 7,000 hingga 9,000 baht (kira -kira RM 941 hingga RM1,210) dari fi perkhidmatan setiap bulan. 

Mereka yang lulus semakan dokumen permohonan tahap pertama akan diberitahu melalui telefon untuk temu duga tahap kedua dalam tempoh 2 minggu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular