Untuk menghasilkan pukulan tinju yang padu, otot bahu dan dada haruslah dalam keadaan yang sangat kuat.

Ringkasnya, manusia secara puratanya membakar hampir 400 kalori ketika berlatih meninju pada beg atau pad tinju selama satu jam.

Dan sudah pasti kita tidak pernah terbayang untuk melakukannya di usia tua, bukan? Tetapi tidak bagi lelaki ini, walaupun sudah agak berusia.

Danny Green/Instagram

Patrick Devellerez yang kini berusia 75 tahun masih mampu melakukan latihan tinju, sama seperti generasi muda yang lain.

Beliau nampaknya bukan calang-calang orang. Patrick merupakan pelatih tinju pertama kepada bekas peninju WBA dari Australia, Danny Green.

“Lagenda, Patrick Devellerez berusia 75 tahun. Masih lagi kuat. Beliau adalah pelatih tinju pertama saya. Beliaulah insan yang menjadikan saya pada hari ini. Saya sayangkan beliau”, tulis Danny di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danny Green (@dannygreen.boxer) on

Video berdurasi 31 saat itu jelas menunjukkan aksi Patrick yang menumbuk pad tinju tersebut bertubi-tubi tanpa berhenti pun. Memang hebat!

Siap boleh tersenyum lagi setelah menghabiskan pukulannya.

Danny Green/Instagram

Jelas Danny, Patrick memberikannya asas terbaik untuk mengorak langkah di dalam dunia tinju. Antara perkara yang paling penting adalah memberikan tumbukan yang padu.

Dalam memberikan tumbukan yang kuat dan padu, Patrick mendedahkan bahawa pergerakan kaki harus dilakukan.

Danny turut diminta untuk berusaha dengan keras agar menjadi peninju yang handal.

Danny Green/Instagram

Dengan kejayaan anak didiknya, pasti Patrick sangat berpuas hati dan berasa bangga. Beliau juga masih lagi sihat untuk melatih individu yang berusia 60 tahun lebih muda daripadanya.

Bagaimana agaknya beliau mengekalkan kecergasan fizikal dan mentalnya ya? Apa pun, kisah mereka sangat memberi inspirasi.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular