Pemanduan secara tidak berhemah sudah pasti membahayakan nyawa sendiri ketika di jalan raya, bahkan turut membahayakan keselamatan orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter, @My_CrimeWatch, di mana sebuah kereta jenis Perodua Bezza dilihat dipandu secara melulu.

Kereta Bezza berwarna merah itu dilihat memasuki laluan bertentangan untuk memotong kereta di hadapannya, sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Insiden pelanggaran kereta yang berlaku di laluan Tapah ke Cameron Highland itu sebenarnya boleh dielakkan jika pemandu Bezza tersebut sabar dan tidak memotong kenderaan lain.

@My_CrimeWatch/Twitter

Apatah lagi dengan keadaan jalan yang berliku dan sempit, macam mana agaknya pemandu Bezza itu begitu berani untuk memotong di situ ya?

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah dek kerana pemandu Bezza yang dikatakan agak gelojoh dan menyusahkan orang lain..

@My_CrimeWatch/Twitter

Namun ada segelintir netizen yang terhibur dengan rakaman audio di dalam kereta berkenaan sebelum kemalangan itu berlaku.

Ianya agak melucukan, cuba anda dengar rakaman audio itu betul-betul.

@My_CrimeWatch/Twitter

Apa pun, pandulah kenderaan dengan selamat. Jika terjadi pelanggaran sebegini, sudah pasti ia menyusahkan banyak pihak. Anda pun akan tiba lewat di destinasi, bukan?

Jadi, pandulah secara berhemah dan berhati-hati ya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular