Kucing ternyata adalah lebih pintar daripada apa yang kita sering sangkakan. Jika anda memberinya makan pada waktu yang sama setiap hari, mereka akan tahu waktu makan mereka.

Seperti manusia, isyarat lapar yang dirasai kucing akan dihantar kepada otaknya bagi menyuruhnya makan dan mereka akan memastikan bahawa anda tidak melupakan makanannya.

Foto hiasan/Pixabay

Dan pada ketika ini, sudah pasti mereka akan segera datang pada anda – tidak kiralah di mana mereka berada, untuk makan.

Seperti aksi kucing berwarna hitam menerusi video di bawah ini :

Very Important Pet Magazine/Facebook

Kucing berkenaan yang pada mulanya duduk bersantai di halaman rumah dilihat berlari sekuat hati menuju ke arah tuannya apabila mendengar makanannya digoncangkan.

Very Important Pet Magazine/Facebook

Kucing tersebut kemudiannya kelihatan berjaya ‘mengharungi’ halangan dengan memanjat pagar untuk naik ke atas untuk berada bersama tuannya.

Very Important Pet Magazine/Facebook

Betul-betul lapar nampaknya. Ini kerana aktiviti harian kucing sememangnya hanya tidur, makan dan bermain sahaja, bukan?

Sebagai pemilik kucing, pastikan berat kucing anda adalah dalam keadaan stabil dan tidak obes ya.

Selain itu, awasi keadaan mereka – tidak muntah, cirit-birit atau berkelakuan aneh dalam memastikan mereka kekal sihat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular