Sudah menjadi tanggungjawab seorang doktor untuk mencuba sehabis baik dalam menyelamatkan nyawa para pesakitnya.

Namun sejauh mana seorang doktor boleh berkorban seperti apa yang dilakukan oleh doktor dari Surat, India ini?

Gambar Hiasan/YouTube

Dr Sanket Mehta, pakar anestetik dipercayai telah menyelamatkan nyawa Dinesh Purani yang berusia 71 tahun, di mana pesakitnya itu memerlukan intubasi segera untuk ventilator.

Paparan Skrin/Times of India

Malam 9 Ogos lalu, Dr Sanket telah dimasukkan ke dalam wad di BAPS Hospital ekoran positif COVID-19, di mana beliau dimasukkan ke ruangan ICU kerana tahap oksigennya yang rendah.

Walaupun dalam keadaan yang menerima bantuan oksigen ekoran masih memerangi jangkitan COVID-19, Dr Sanket langsung tidak mensia-siakan peluangnya untuk menyelamatkan Dinesh.

Menurut pakar, intubasi pada pesakit yang tidak sedarkan diri perlu dilakukan dalam masa 3 minit, jika tidak ia akan membawa kepada kerosakan otak kekal.

Gambar Hiasan/YouTube

“Pesakit warga emas (Dinesh) telah dikejarkan ke ICU dengan keperluan untuk melakukan intubasi. Oleh kerana doktor perlu mengikut prosedur COVID-19, maka pakar anestetik kami mengambil masa 15-20 minit untuk tiba”.

“Pada ketika itu, Dr Sanket dilihat menanggalkan kanula hidung aliran tinggi (HFNC), iaitu sokongan oksigennya lalu bantu mengintubasi pesakit”, kata Dr Parshottam Koradia selaku Ketua Pegawai Eksekutif BAPS Hospital.

Gambar Hiasan/YouTube

Menurut kakitangan perubatan, Dr Sanket yang hanya dipisahkan dengan dua buah katil sahaja daripada Dinesh dilihat menanggalkan sokongan oksigennya pada ketika itu.

Beliau kemudian seperti mengumpulkan tenaganya lalu berjalan menghampiri pesakit, kemudian melakukan intubasi dengan segera.

Gambar Hiasan/YouTube

“Dinesh masih lagi menggunakan ventilator di dalam wad ICU dan keadaannya stabil. Manakala Dr Sanket pula masih berada di hospital untuk 10 hari dalam melawan COVID-19”.

“Beliau tidak dapat bercakap banyak kerana agak lemah dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Beliau sendiri memerlukan 6 liter oksigen untuk setiap minit namun sempat mengintubasi Dinesh”, kata Dr Parshottam.

Dr Sanket sebelum ini bekerja di BAPS Hospital untuk beberapa tahun dan kemudian mula bekerja sendiri sebagai pakar anestetik pelawat di hospital-hospital swasta.

Walaupun tidak dapat berjalan dengan betul, namun pengorbanan Dr Sanket yang sanggup menghampiri pesakit tanpa HNFC lalu mengintubasinya adalah sesuatu yang luar biasa.

Semoga cepat sembut Dr Sanket!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular