Pihak pengurusan Taylor’s University yang terletak di Subang pada 16 Ogos lalu telah mengeluarkan satu kenyataan di lama Facebook rasmi berkaitan dengan penutupan kampusnya.

Ia berikutan dengan salah seorang pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti berkenaan disyaki telah dijangkiti dengan COVID-19.

Pelajar terbabit difahamkan telah menjalani ujian saringan ketika pulang ke Malaysia daripada negaranya 14 Ogos yang lalu.

Dia juga dilaporkan telah menghadiri semua kelasnya secara dalam talian selain pergerakannya di dalam kampus turut terbatas.

Pihak universiti juga memutuskan untuk menutup kampus bermula 17 Ogos, di mana semua proses pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

“Kami ingin mengulangi bahawa tiada kes yang dilaporkan di kampus buat masa ini”.

“Dan kami akan memantau keadaan dengan teliti, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi”, tulis kenyataan itu.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan universiti sama ada awam mahupun swasta masih lagi menjalankan aktiviti pembelajaran secara dalam talian hingga 31 Disember kelak.

Sekali lagi menerusi kenyataan di Facebook, pihak Taylor’s University memaklumkan bahawa kampusnya telah pun dibuka pada hari ini (18 Ogos).

Walau bagaimanapun, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuklah orientasi akan berterusan dijalankan secara dalam talian.

Manakala segala aktiviti bersemuka dimaklumkan akan disambung pada Isnin, 24 Ogos kelak.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular