Pasti ramai di antara kita yang mengimpikan kerjaya yang baik di luar negara. Oleh kerana matawang asing di kebanyakan negara adalah lebih tinggi maka ramai anak muda yang mahu berhijrah ke sana.

Mempunyai pengalaman bekerja di Jepun untuk belasan tahun, seorang pemuda walau bagaimanapun mempunyai keinginan untuk pulang berbakti di tanah air.

Namun alangkah terkejutnya pemuda yang dikenali sebagai Ahmad Sabri itu apabila mengetahui realiti kadar pendapatan dan upah yang ditawarkan di Malaysia.

アハマド サブリ/Facebook

Menurut Ahmad, dia pada baru-baru ini ingin mencari kerja kosong di Malaysia namun terkejut apabila melihat kelayakan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia agak tinggi.

アハマド サブリ/Facebook

Malahan, skop kerjanya pula agak luas. Dia berulang kali melihat iklan berserta gaji yang ditawarkan itu, iaitu RM2,500 sahaja.

Lokasi kerja yang diiklankan pula di Puchong, walaupun terletak di pinggir bandar namun kos sara hidup masih lagi tinggi.

Gambar Hiasan/Twitter

Perbelanjaan termasuklah kos pengangkutan, tol, minyak dan caj tempat letak kenderaan perlu ditanggung sendiri. Kerja itu pula mensyaratkan perlu ada kenderaan sendiri untuk bekerja.

Setelah menolak kos kenderaan, pengangkutan, cukai, insurans dan KWSP, jumlah gaji bersih yang akan diterima hanyalah sekitar RM1,500 sahaja. Itu belum lagi ditolak dengan sewa rumah dan makan.

Sementara di Jepun, gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Ini menjadikan seseorang itu memperoleh gaji bersih sebanyak RM18,000-19,000 setelah menolak cukai, insurans dan KWSP.

Gambar Hiasan/Facebook

Sewa rumah pula adalah sekitar RM2,000-3,000. Untuk pengangkutan, kosnya adalah sekitar RM15,000-RM17,000 sebulan.

Selain gaji yang ditawarkan adalah cukup lumayan, skop kerja sebagai jurutera di sana juga jauh lebih kecil daripada di Malaysia.

Ahmad juga berpendapat bahawa pekerjaan profesional di Malaysia dibayar dengan gaji yang rendah.

Jurutera hanya kedengaran gah pada nama namun tidak daripada aspek kewangan. Skop kerja dan tugasan pula pelbagai. Gaji ditawarkan rendah tetapi jangkaan tugas yang begitu tinggi.

Ahmad turut berkongsi kisah rakan-rakannya yang belajar di Jepun bersamanya dan pulang ke Malaysia. Mereka semua terpaksa menukar bidang pekerjaan.

Gambar Hiasan/Facebook

Setakat yang diketahuinya, graduan kejuruteraan dari Jepun hanya memperoleh gaji tertinggi sebanyak RM3,500 sahaja.

Oleh kerana itu, mereka lazimnya keluar daripada bidang lalu menceburi bidang khidmat pelanggan. Dengan kebolehan berbahasa Jepun, mereka dapat meraih pendapatan mencecah RM8,000 sebulan.

アハマド サブリ/Facebook

Itulah hakikat yang perit untuk dilalui oleh anak muda generasi sekarang. Peluang kerja tidak begitu banyak, ditambah lagi dengan kadar upah yang rendah. Realiti yang amat menyedihkan.

Dedah Ahmad, individu yang mahu mencari peluang kerja di Jepun perlulah menguasai bahasa Jepun terlebih dahulu. Ini kerana mereka tidak tahu berbahasa selain bahasa Jepun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular