Insiden lemas bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dielakkan, tambahan pula jika insiden ini berlaku kepada kanak-kanak.

Hal ini kerana kanak-kanak lazimnya tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan ketika mereka hampir lemas.

Gambar Hiasan/Unsplash

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di Bandar Echizen, Jepun apabila kanak-kanak terbabit ditemui maut dan terapung di permukaan air selepas lemas ketika sedang mandi di sebuah kolam di taman.

Tambah malang, kedua ibu bapa kanak-kanak itu juga mengakui bahawa mereka langsung tidak mendengar apa-apa bunyi daripada anak mereka ketika insiden itu berlaku dan mereka langsung tidak menyangka hal yang ngeri itu berlaku kepada mereka.

Ternyata, insiden yang sangat mengejutkan semua orang ini telah membuka mata orang ramai untuk mula memberi perhatian kepada asbab dan tindakan yang perlu diambil oleh para ibu bapa bagi mengelakkan insiden lemas berlaku kepada anak kecil.

Seorang pakar pediatrik di Hospital Umum Saku, Jepun, Dr. Masahiko Sakamoto telah mengambil maklum tentang hal ini dan mengirimkan pesanan kepada orang ramai melalui laman Twitternya:

Peekme

“Ada satu insiden yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang ditinggalkan di kolam. Kanak-kanak itu sangat senyap ketika menghadapi lemas, dia tidak menepuk-nepuk permukaan air, apatah lagi menjerit meminta tolong.

“Untuk mengurangkan kes kanak-kanak yang lemas, kita mesti fahami semula dan betulkan jangkaan.”

Bagi memberi penjelasan lanjut, Dr. Sakamoto turut melampirkan sekeping gambar rajah. Menerusi gambar, dapat dilihat bahawa kebanyakan orang akan mencuba untuk menarik perhatian orang lain ketika mereka mula merasakan bahawa mereka hampir lemas. Cara yang digunakan lazimnya adalah dengan menjerit sambil menggapaikan tangan ke atas atau menepuk-nepuk permukaan air sehingga menimbulkan percikan yang kuat.

Bagaimanapun, sebenarnya, situasi ini lazimnya berlaku di dalam kaca televisyen sahaja.

Peekme

Menurut Dr. Sakamoto, realitinya, kanak-kanak lazimnya akan lemas dengan senyap, tanpa melakukan apa-apa. Tindak balas ini dinamakan sebagai “tindak balas kelemasan”.

Peekme

Menurut penjelasan Dr. Sakamoto ketika ditemubual dalam sebuah rancangan televisyen, hasil kajian yang dilakukannya mendapati bahawa 58.1% daripada penjaga kanak-kanak mangsa lemas tidak mendengar apa-apa bunyi ketika insiden lemas kanak-kanak berlaku, 31.8% daripadanya pula mendengar bunyi percikan air yang ditepuk-tepuk dan 7.3% daripadanya tidak mengingati apa yang berlaku pada waktu itu.

Daripada 2,000 responden yang dikaji, didapati bahawa hampir 60% kanak-kanak yang menghadapi situasi cemas itu tidak melakukan apa-apa bunyi. 

Peekme

Walaupun hasil kajian didapati agak membimbangkan, namun menurut Dr. Sakamoto, para pengkaji masih belum mengetahui sebab utama tindak balas senyap ini dilakukan oleh kanak-kanak.

“Pada waktu ini, kita masih belum mengetahui mengapa bayi dan kanak-kanak cenderung untuk lemas dengan senyap dan tidak memberi tindak balas. Satu-satunya kemungkinan tindak balas senyap ini adalah kerana mereka masih muda dan tidak mengetahui bahawa mereka sedang kelemasan,” ulas Dr. Sakamoto.

Peekme

Peekme

Sememangnya perbincangan topik ini menjadi bualan hangat di laman Twitter di negara Jepun apabila ramai warganet yang mula berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.

“Benar! Semasa anak saya mandi di dalam kolam mandi, dia terus lemas dengan senyap tanpa apa-apa bunyi langsung! Ketika musim panas, apabila anda pergi ke kolam atau pantai untuk bermain air, anda harus sentiasa mengawasi anak-anak anda setiap masa!”

Peekme

“Ketika saya kecil, saya suka bermain di dalam sungai dengan kedalaman 2 meter. Dua orang rakan di sebelah saya tiba-tiba lemas dan menakutkan saya (syukurlah semuanya selamat akhirnya). Ketika saya bekerja sebagai penyelamat di tepi kolam, saya juga dapati kes lemas adalah sesuatu yang paling mudah berlaku kepada kanak-kanak kerana mereka kelihatan seperti sedang bermain-main. Orang dewasa semestinya perlu memberi lebih perhatian.”

Peekme

“Saya juga pernah melalui pengalaman yang sama. Saya pergi ke kolam air panas bersama datuk saya dan saya tergelincir lalu lemas. Pada waktu itu, saya amat sukar untuk memanggil datuk saya”

Peekme

Menerusi perkongsian ini, diharapkan lebih ramai ibu bapa dan penjaga yang mula membuka mata dan memberi sepenuh perhatian kepada kanak-kanak apabila pergi membawa anak-anak ke mana-mana tempat rekreasi. Lebih baik beringat sebelum terlambat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular