Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara 12 penerima Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Gelaran Tan Sri dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya pada 17 Ogos.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Tan Sri Dr Noor Hisham menyatakan penghargaan yang diterima bukan sahaja ke atas dirinya semata-mata, sebaliknya ke atas semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penjawat awam.

“Alhamdulillah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan KKM. Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam,” katanya kepada media.

@DGHisham/Twitter

“Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 akan dapat membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” tambahnya.

@DGHisham/Twitter

Tan Sri Dr Noor Hisham dan warga KKM bersama petugas barisan hadapan dari agensi kerajaan yang lain kini terus giat berusaha mengekang jangkitan pandemik COVID-19 di seluruh negara sejak virus itu mula dikesan pada hujung tahun lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular