Ramai orang memelihara ikan di rumah sebagai terapi untuk mendapat ketenangan. Sebuah restoran periuk panas di Taichung, Taiwan ini juga membuat keputusan untuk memelihara ikan dalam tangki apabila tiba-tiba mendapati cecair pencuci tandas telah dibuang ke dalam tangki ikan itu.

Akibatnya, kesemua ikan di dalamnya telah mati dengan tragis sehingga menimbulkan kemarahan pemilik restoran.

Ekoran kejadian tersebut, seorang ibu membawa anaknya kembali ke restoran itu dalam keadaan sedih dengan matanya merah dan berjujuran air mata sambil berkata, “Anak lelaki saya telah menuangkan cecair pencuci itu.”

Unsplash / Gambar Hiasan

Sebelum itu, pemilik restoran periuk panas di Taichung menyiarkan satu posting di Facebook yang menyatakan, “Pada 10 Ogos, sesuatu yang mengerikan telah berlaku di Shuinan. Saya berminat dengan penternakan ikan, jadi saya telah menyimpan tangki dan membela ikan di dalam tandas. Tetapi pada malam hari yang sama, seorang pelanggan telah mengambil cecair pencuci tandas dan menuangkannya ke dalam tangki ikan. Seluruh tangki itu berbuih dan kesemua ikan di dalamnya telah mati! Saya benar-benar marah! Sama ada anda seorang dewasa atau kanak-kanak, bos inginkan anda masuk neraka.”

Lima hari kemudian, restoran itu telah mengemas kini posting pada 15 Ogos dengan menyatakan seorang ibu telah datang membawa anak lelakinya ke restoran itu kira-kira jam 4 petang, dengan kedua-duanya melutut dan menangis. 

Ibu budak lelaki itu memohon maaf berkali-kali sambil mengakui anak lelakinya telah menuang bahan pencuci itu. Katanya setelah mendapat tahu melalui laporan berita di televisyen, dia menyedarinya pada masa mereka makan di restoran itu dan segera bertanya kepada anak lelakinya. 

Tanpa disangka, anaknya mengaku bahawa dia telah pergi ke tandas restoran itu kerana dia bosan dan sebagai suka-suka, telah menuang bahan pencuci itu ke dalam tangki ikan. 

“Anak ini juga berasa sangat sedih dan seperti menyesal dengan tingkah lakunya kerana membunuh ikan-ikan itu,” jelas posting itu.

Setelah pemilik restoran berbincang dengan budak lelaki itu, dia mengangguk tanda setuju bahawa kelakuannya terhadap haiwan adalah salah dan dia perlu bertanya serta meminta pendapat ibunya sebelum melakukan sesuatu. Sementara ibunya juga mengakui bahawa dia tidak mengajar anaknya dengan baik dan berjanji akan berkomunikasi serta mengasah cara didikan lebih baik di masa hadapan. 

Permohonan maaf itu begitu mendalam. Pemilik restoran dapat merasakan sikap tulus ikhlas dan bertanggungjawab daripada ibu dan anak yang mengakui kesilapan mereka sehingga dia berasa amat tersentuh.

Akhirnya gambar berjabat tangan dengan anak itu tanda berdamai turut di muat naik di Facebook menyatakan bahawa pihak restoran telah memaafkan ibu dan anak lelakinya.

Posting tersebut segera membangkitkan perbincangan di kalangan netizen yang rata-rata memuji jalan penyelesaian yang mendamaikan di antara kedua-dua pihak :

“Ini bukan tindakan mudah, tetapi patut dipuji. Keberanian untuk mengakui kesilapan.”

“Keberanian untuk mengakui kesilapan adalah tingkah laku yang hebat.”

“Saya mengagumi keberanian ibu ini dan juga cara didikannya. Ibu ini telah melakukan tugasnya dengan baik, menjadi contoh terbaik dan pengakhiran yang sempurna!”

“Sikap bos juga patut dihargai, sikap pemaafnya yang sempurna menghasilkan pengakhiran baik yang sempurna. Semoga perniagaan bertambah maju!”

Apa yang pasti, penyelesaian yang baik sudah semestinya akan membuat semua orang berasa lega dan tenang, di samping seseorang itu dapat terus belajar memperbaiki kesilapan dalam kehidupan untuk menjadi insan terbaik di masa hadapan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular