Bagi seseorang yang telah lama menghisap rokok, untuk berhenti adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan, walaupun mereka mengetahui bahawa kesihatan mereka terpaksa diperjudikan. Aktiviti merokok pada para perokok tegar telah menjadi seperti tabiat, yang mereka akan lakukan sebanyak beberapa kali sehari.

Unsplash

Pun begitu, seorang bapa berusia 29 tahun dari China ini telah membuktikan sebaliknya selepas dia berjaya berhenti merokok. Semuanya bermula apabila dia berjanji pada anaknya untuk berhenti merokok bermula Hari Bapa pada tahun 2018. Melihat kesungguhan bapa ini, anaknya juga berjanji untuk menemani bapanya untuk berhenti merokok.

Sebelum ini, lelaki ini merupakan seorang perokok tegar kerana dia boleh menghabiskan sebanyak dua ke tiga pek rokok pada setiap hari. Tetapi, demi kesihatan anaknya, dia sanggup berubah.

Kemudian, sebaik sahaja genap satu tahun lelaki itu berhenti merokok, dia meletakkan segenggam wang tunai yang dikatakan sebagai “wang yang telah berjaya disimpan dalam masa setahun sekiranya dia tidak membeli rokok”.

Selain itu, dia juga sempat menulis sedikit pengiraan mudah: “sedikit insentif untuk warganet yang mahu berhenti merokok, 2.5 ke 3 pek rokok sehari, purata 400 yuan (RM 241.30) sehari, 12,000 yuan (RM 7,240) sebulan, dan penjimatan sebanyak 144,000 yuan (RM 86,882.10) setahun.”

Setelah kiriman ini mendapat perhatian ramai warganet, lelaki ini telah menerima banyak pujian dari warganet.

“Berhenti merokok sememangnya akan memberi banyak penjimatan, dan anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak,” komen seorang warganet.

“Benar, saya jimat kira-kira 250,000 yuan (RM 120,669.90) setelah berhenti merokok selama lebih dari dua tahun,” komen salah seorang warganet.

“Sebelum ini saya akan berasa segar, tetapi kini saya akan muntah sebaik sahaja menghidunya, ini merupakan permulaan yang baik,” komen yang lainnya.

Usaha untuk berhenti merokok sememangnya tidak mudah, tetapi usaha ini sebaiknya dilakukan demi menjaga kesihatan diri, keluarga dan boleh memberi banyak penjimatan kepada anda juga. Jadi, apa yang ditunggu lagi?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular