Seorang  lelaki dari India menerima maklumat dan rezeki yang tidak disangka dari Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) bahawa dompetnya yang dicuri berjaya ditemui semula setelah dia melaporkan kehilangannya sejak 14 tahun lalu. 

Hemant Padalkar, 42 tahun menjelaskan pada tahun 2006 dia menaiki kereta api di CMST-Panvel ketika menyedari dompetnya telah hilang berdekatan stesen Vashi. 

Menurut Hemant, pada ketika itu dompetnya berisi wang kertas Rs 900 dan Rs 500.

Unsplash/ Gambar Hiasan

Pihak GRP telah menghubungi Hermant pada bulan April lalu untuk memberitahu berita baik bahawa mereka akhirnya telah menemui dompetnya yang hilang.

Ketika Hemant Padalkar menyedari yang dompetnya telah dicuri 14 tahun lalu, dia segera mengambil tindakan dengan membuat aduan dan laporan akan kehilangannya. 

Selepas itu, Hemant secara konsisten mengambil tindakan susulan dengan pihak berwajib tetapi kehilangan semua harapan dan berhenti mencarinya setelah bertahun-tahun tidak mendapat apa-apa berita.

Unsplash/ Gambar Hiasan

“Saya mengikuti perkembangannya secara agresif, tetapi setelah beberapa bulan, saya sudah terlupa tentangnya. Pada bulan April lalu, saya mendapat panggilan dari GRP Vashi dan saya benar-benar terkejut,” kata Hemant.

Menurut Mumbai Mirror, Hemant tidak dapat pergi ke pejabat GRP itu sehingga beberapa minggu kemudian ekoran perintah berkurung COVID-19. 

Ketika dia tiba di Vashi, seorang pegawai menjelaskan bahawa mereka hanya mampu memberinya dompet tetapi tidak dapat mengembalikan Rs 500 yang berada dalam dompetnya kerana wang kertas itu tidak lagi mempunyai tender yang sah.

Mumbai Mirror/ Paparan Skrin

Hemant Padalkar bukanlah orang pertama yang mempunyai masalah ini kerana pihak GRP baru-baru ini menangkap beberapa orang yang mencuri puluhan Rs 500 daripada pengguna kereta api.

Pihak berkuasa telah menghubungi Bank Rizab India untuk memastikan sama ada terdapat kemungkinan untuk menukar wang kertas ini dengan yang baru tetapi setakat ini belum menerima maklum balas daripada mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular