KUALA LUMPUR: Penjaring terbanyak Kejuaraan AFC U-16 pada tahun 2018, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels, Belgium untuk menyertai sebuah kelab bola sepak tempatan, KV Kortrijk.

Astro Radio News/Facebook

Luqman dikatakan telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab tersebut dan bakal menyarung jersi bernombor 9. Kelab tersebut juga mengalu-alukan kedatangan Luqman melalui status di laman Twitter rasmi kelab tersebut dengan kapsyen, “Selamat Datang ke Kortrijk, Luqman!”

@kvkofficieel/Twitter

Selain pernah menjadi penjaring terbanyak dalam Kejuaraan AFC, Luqman juga pernah disenaraikan di dalam 60 bakat muda terbaik dalam bola sepak dunia oleh Guardian. Sebelum ini Luqman pernah  berlatih bersama pasukan Inggeris, Cardiff City selama 3 bulan pada awal tahun ini.

Remaja berusia 18 tahun yang berasal dari Kelantan ini juga pernah mendapat didikan dan bakatnya sebagai pelatih digilap di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan kini berpeluang untuk bermain di peringkat antarabangsa bersama dengan kelab dari Belgium itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL SUKAN

Video Popular