KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa masyarakat kini harus lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G telah dikesan di Malaysia.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/Facebook

“Ia didapati 10 kali lebih mudah untuk menjangkiti individu lain dan lebih mudah tersebar, jika disebarkan oleh individu ‘perebak utama’. Sejauh ini, kedua kelompok ini dikatakan masih dalam keadaan terkawal memandangkan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam segera diambil,” katanya.

Dr Noor Hisham menambah bahawa mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Ekoran itu, Dr Noor Hisham menyeru agar semua terus menerapkan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, pengamalan kebersihan diri dan memakai pelitup muka.

“Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19.

“Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun,” jelasnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular