Ketuhar gelombang mikro boleh dianggap sebagai ‘penyelamat’ buat generasi muda yang tidak tahu memasak – hanya perlu panaskan sahaja makanan di dalamnya.

Tapi selepas menggunakannya, pastikan ianya dibersihkan ya. Jika tidak, jadilah seperti kisah yang dialami oleh seorang ibu British baru-baru ini.

Denise Sankey yang berusia 49 tahun berasa terkejut bercampur hairan apabila menemukan ‘sesuatu yang aneh dan berbulu’ setelah membuka pintu gelombang ketuhar mikronya.

“Saya jarang menggunakan ketuhar gelombang mikro. Saya mahu masukkan sesuatu pada ketika itu. Saya buka dan ‘disambut’ dengan ‘benda’ berkenaan”, jelas Denise.

Dia juga berfikir bahawa ianya berkemungkinan merupakan kucing berwarna kelabu yang mati di dalamnya.

Sebenarnya, ‘benda’ tersebut merupakan kulat yang tumbuh daripada hidangan mi bersama ayam. Ia dibiarkan selama seminggu di dalam ketuhar berkenaan oleh anak Denise, Liv.

Dedah ibu berkenaan, kejadian itu merupakan kali keempat dilakukan oleh anaknya sehingga makanan yang ditinggalkan berubah menjadi kulat.

“Saya terlupa ada makanan di dalamnya. Ianya tidak berbau, sebab itulah kami tidak perasan ada makanan di dalamnya”, kata Liv.

Tambah Denise, dia mahu sahaja membuang ketuhar berkenaan namun ianya bersambung secara terus dengan kabinet dapurnya.

Maka, dia hanya mampu membersihkan ketuhar gelombang mikro itu dengan menggunakan cecair peluntur sahaja. Harapnya bersihlah..

Mungkin ianya merupakan pemandangan biasa buat para ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Apa pun, ia kelihatan seperti haiwan dengan bulu yang lebat, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular