Bahasa cinta dan kasih sayang itu adalah bahasa antarabangsa yang tidak memerlukan terjemahan, kebenaran yang dibuktikan dalam video perdebatan comel antara ibu dan bayi perempuannya dalam bahasa latin ini.

Ibu bapa sudah pasti memahami bagaimana sukarnya memberi seorang bayi makan pada ketika dia perlu diberi makan.

Seorang ibu dari Argentina menghadapi masalah ketika dia memberi makan tengah hari kepada bayinya yang bernama Angelina.

 

AngyTuber Kid’s/YouTube

Dia memotong pelbagai sayur dan buah untuk Angelina dan si kecil ini tidak mahu memakannya, sebaliknya dia mahu bertekak pula dengan ibunya.

Maka berlakulah perdebatan hangat yang paling comel dalam rakaman video ini.

AngyTuber Kid’s/YouTube

Walaupun mereka berdua berdebat dalam bahasa Sepanyol, semua orang dapat memahami butiran hujah si ibu dan si kecil dengan sempurna.

Ketika ibu menjelaskan kepada Angelina bahawa dia bekerja keras untuk menghidangkan makanan yang enak dan berkhasiat, Angelina menggeleng kepalanya tanda berkata, “Tidak!” dan menadah tangan tanda isyarat dia berkata “Jadi, ibu boleh buat apa?”

AngyTuber Kid’s/YouTube

Angelina dengan jelas memberitahu ibunya bahawa dia suka makan, kecuali makanan yang ini dia tidak mahu. Mudah sahaja!

Ibu Angelina membebel dalam bahasa Sepanyol, mengeluh mengapa Angelina begitu memilih. Dia menyebut semua vitamin yang dia tambah dalam makanan bayi, tetapi Angelina nampaknya sama sekali tidak terkesan, lalu dia melihat kamera sambil tersenyum dengan comelnya!

AngyTuber Kid’s/YouTube

Sebaik Angelina melihat kamera dengan memperlihatkan wajahnya yang comel, kita semua termasuk ibunya terus melupakan perdebatan hangat mengenai kentang, pisang, yogurt, dan segala makanan sihat lain yang semestinya dia perlu makan. 

Ibu dan bayi comel ini meneruskan hujah-hujah mereka mengapa makanan itu perlu dimakan, sehingga akhirnya si kecil Angelina yang enggan makan melambaikan tangan sambil tersenyum manis, cara komunikasi paling bijak menarik perhatian semua orang untuk terus menjadi cair dengan kecomelannya.

AngyTuber Kid’s/YouTube

Video yang telah ditonton lebih 2 juta kali di YouTube sehingga kini dan itu sangat mengagumkan memandangkan kebanyakan penonton tidak memahami bahasa Sepanyol walaupun dalam sepatah perkataan pun.

Tonton video di bawah:

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular