Terdapat beberapa kisah rumah lama dibiarkan di lokasinya di seluruh dunia kerana pemiliknya tidak rela untuk berpindah ekoran beberapa sebab seperti tidak mencapai kata sepakat dengan pemaju serta pelbagai alasan lain, seperti mereka menentang pembangunan.

Baru-baru ini, sebuah ‘rumah paku’ di Guangdong mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Rumah paku itu berada di tengah-tengah jambatan yang baru dibuka, dan laluan lebuh raya dibina di kiri kanan rumah itu.

Rumah lama dan telah usang ini dikelilingi oleh laluan lebuh raya seluas 430 kaki persegi dan terletak lubang di tengah jambatan. 

Pemilik rumah itu yang dikenali Liang berkata ketika tanah itu mahu dibangun semula, pihak pemaju tidak memberikannya rumah alternatif yang ideal, jadi dia berkeras untuk tidak menjual rumah dan tanahnya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana projek pembinaan jambatan dan lebuh raya telah ditangguhkan terlalu lama, dan tidak dapat ditangguh lagi, maka pihak pemaju tidak mempunyai pilihan lain selain memintas rumah Liang dan mencipta ruang tontonan menakjubkan seperti kisah ‘Nabi Musa membelah Laut Merah.’

Rumah Liang berada di antara laluan lebuh raya dan diberi jolokan ‘Mata Haizhu’ oleh penduduk tempatan. 

Tinggal di sini pastinya tidak selesa, tetapi Liang yang optimis berkata, “Saya tidak peduli apa pendapat orang terhadap saya. Orang lain menganggap persekitaran di sini sangat buruk, tetapi saya merasa bebas, bahagia dan selesa.”

Pemandangan melalui jambatan itu sangat pelik tetapi ramai orang mengambil kesempatan pergi ke lokasi itu untuk mengambil gambar setiap hari. 

Liang dan rumahnya benar-benar tidak mahu menjadi bahan tontonan orang dan dia mengeluh, “Saya hanya ditunjukkan dua buah rumah dalam masa 10 tahun, dan susun aturnya sangat buruk, tidak ubah seperti di sebelah bilik mayat. Saya bersedia untuk berunding dan jika sesuai, saya akan berpindah.”

Sebaliknya, pihak pemaju berkata mereka menawarkan beberapa tawaran kepada Liang, tetapi dia menolaknya. Salah satu tawaran yang diberikan kepada Liang adalah untuk dua buah pangsapuri lain dan pampasan sebanyak 1.3 juta yuan (RM800,000) sebagai pampasan nilai tanah itu. 

Malangnya, Liang berkeras meminta pampasan 2 juta yuan (RM1.2 juta) dan 4 buah pangsapuri. Jadi, kedua-dua pihak benar-benar tidak dapat mencapai kata sepakat dan mereka memilih langkah terbaik berikutnya.

Pada asalnya terdapat 47 pemilik rumah dan 7 buah syarikat di lokasi tapak pembangunan projek itu. Liang adalah satu-satunya tuan tanah paling degil yang masih tinggal di sana. Yang lain sudah bersetuju dengan pihak pemaju dan berpindah pada bulan September tahun lalu. 

Pihak pemaju berkata mereka akan terus berunding dengan Liang pada masa akan datang, dengan harapan dapat mencari jalan penyelesaian yang memuaskan hati buat kedua-dua pihak.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular