Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran bahawa pengiklan tidak dibenarkan membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau melampau, dan iklan yang tidak menepati gambaran sebenar barang atau perkhidmatan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, KPDNHEP memberi contoh iklan yang keterlaluan sehingga mengelirukan pengguna adalah seperti iklan makanan burger daging yang tidak sama dengan realiti ketika dibeli.

Burger yang digambarkan di dalam iklan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar dengan daging yang tebal, sedangkan burger sebenar yang dijual di kedai adalah lebih kecil dan nipis. Maka ini adalah iklan yang keterlaluan.

KPDNHEP boleh mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang mengelirukan, memperdaya atau membuat representasi palsu dan amalan tak saksama di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Pengiklan adalah dilarang menggunakan kenyataan yang keterlaluan sekiranya produk atau servis yang mereka tawarkan tidak seperti yang diiklankan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular