KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, yang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati di kediamannya di Alam Damai Cheras, jam 6.35 petang semalam selamat dikebumikan.

Facebook

Jenazah telah dikafan dan disolatkan di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Alam Damai, Cheras. Berita pemergiannya telah disahkan anak keduanya, Zarith Abu Bakar semalam.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya

“Alhamdulillah, emak dan kami adik beradik dapat berkumpul di saat abah menghembuskan nafas terakhir.

“Kecuali suami saya tak dapat bersama, kerana berada di Kemboja dan tak dapat pulang ke Malaysia kerana pandemik Covid-19,” tambahnya lagi.

Facebook

Aktor lelaki itu dikatakan telah menderita  kanser hati sejak tahun 2016. Selepas menjalani 12 kali sesi kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon itu bebas kanser.

Selepas disahkan sihat, arwah mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam. Bagaimanapun, awal tahun ini, doktor mengesahkan bahawa kansernya menyerang semula, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.

Abu Bakar Juah meninggalkan seorang balu, Rusidah Mohd Yassin, empat orang anak, Danial Nor, 39, Zarith, 37, Syafinaz, 32, dan Benjamin Nor, 28, serta seorang cucu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular