Pasti ramai di antara anda pernah mengalami perasaan ini semasa kecil, makanan tidak cukup dan spontan anda mahu naik angin kerana masih terasa lapar.

Lagi bertambah marah kalau tiada makanan kali kedua yang dihulur, kerana anda hanya mahukan lebih banyak makanan, jadi keluarlah tantrum itu.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Dan yang ini pula bukan bercakap pasal manusia, tetapi seekor anjing baka French Bulldog yang tantrum dengan comelnya.

Teka-teki makanan apa seterusnya yang akan diberi akan menjadi amat mengecewakan ketika si French Bulldog ini sedang menjalani diet. 

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Dia hanya mahukan tambahan makanannya buat kali kedua, tetapi tidak pula mahu berusaha untuk mencapai matlamat kecergasan dan berat badan ideal yang disyorkan oleh pemiliknya.

Anjing ini diberitahu bahawa dia tidak boleh makan ketika dia mahu makan. Macamlah dia faham sangat yang dia sedang dalam diet!

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Si French Bulldog bernama Cashew dalam video ini tiba-tiba mahu naik angin pada satu pagi ketika dia sudah habis sarapan dan diberitahu oleh tuannya bahawa dia tidak boleh menambah lagi makanannya yang sikit itu kerana dia sedang diet.

Momen lucu muncul apabila Cashew tiba-tiba membantah layanan yang diberikan kepadanya pada pagi itu adalah ‘tidak adil’!

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Rakaman video yang lekas benar menjadi tular dengan jutaan tontonan selepas ia di muat naik di YouTube dan laman media sosial lain, menunjukkan Cashew yang naik angin sambil terjenguk-jenguk hidangan makanannya yang kosong, menunggu ia terus diisi.

“Sudah cukup, sarapan kamu sudah habis,” pemiliknya memberitahu Cashew. 

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Apabila Cashew merengek sekali lagi, pemiliknya mengarahkannya untuk terus berganjak pergi melakukan aktiviti lain sebab dia sudah habis makan.

“Kamu dalam diet. Kamu akan mendapat lebih banyak malam ini, kamu tidak akan kelaparan,” kata pemilik Cashew.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Dan sudah tentulah Cashew tidak faham mengapa pula dia kena berdiet macam manusia, jadi dia terus membantah menuntut keadilan.

Sambil berganjak dari hidangan makanannya, Cashew mula melolong dengan naik angin kepada pemiliknya seperti nada menjawab tanda dia tidak puas hati langsung dengan makanan sedikit itu.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Kita pun faham dan kita pun kecewa juga bila sedang berada dalam diet! Kasihan Cashew…

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular