Salah satu ajaran agama adalah untuk selalu mengasihi haiwan-haiwan, termasuklah agama Islam. Nurul Ain Abdul Hamid, 28, dan suaminya, Muhammad Razeef Che Samah, bagaimanapun telah melakukan sedaya-upaya mereka untuk memastikan semua haiwan yang diselamatkan di rumah perlindungan haiwan mereka, S.I Home Shelter dapat terus berfungsi sejak lapan tahun yang lalu.

Rumah perlindungan haiwan yang diuruskan sendiri oleh pasangan ini kini telah mempunyai sebanyak 400 ekor kucing dan lebih kurang 12 ekor anjing serta telah berkhidmat kepada lebih dari 1,000 ekor haiwan sepanjang pengendaliannya. Walaupun pasangan ini merupakan penganut agama Islam, namun, mereka percaya bahawa agama Islam turut mengajar penganutnya untuk selalu mengasihani haiwan tanpa mengira apa jenis haiwanpun.

Sungguhpun usaha pasangan ini adalah ikhlas, namun, mereka berdua tetap tidak dapat lari daripada kritikan masyarakat terutamanya apabila mereka mengetahui bahawa Nurul dan suaminya turut membantu menyelamatkan anjing-anjing jalanan. 

“Kami tidak boleh mengubah mentaliti ini, terutamanya dalam komuniti Melayu. Ada yang mengatakan bahawa apa yang kami lakukan ini adalah salah, haram dilakukan. Tetapi kami fikir Islam mengajar kita untuk menjaga haiwan dan membantu haiwan untuk terus hidup,” ujar Nurul kepada CNA.

Untuk mengendalikan rumah perlindungan haiwan ini semestinya bukan suatu perkara yang mudah. Haiwan-haiwan yang sakit memerlukan rawatan yang segera dan nilai makanan haiwan juga bukanlah murah. Tambahan pula, pasangan ini mempunyai seorang anak yang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi juga pada setiap bulan. 

Disebabkan itu, menurut laporan WORLD OF BUZZ, pasangan ini terpaksa bekerja sebanyak 2-3 pekerjaan demi menampung perbelanjaan keluarga mereka. Tambah mereka, kadang-kala, nilai yang diperlukan untuk menyelenggara rumah perlindungan haiwan itu mencecah sehingga RM15,000.00.

Justeru, sesiapa yang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada rumah perlindungan haiwan S.I. Shelter bolehlah menghubungi S.I Home Shelter di laman rasmi Facebook mereka untuk menawarkan bantuan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular