Sokongan, doa dan dorongan daripada kedua ibu bapa seakan menjadi ‘azimat’ untuk seorang anak itu cekal menghadapi kehidupan, walaupun sesukar mana pun cabaran mendatang.

Dan tiada langsung ibu bapa di dunia ini yang tidak sanggup melakukan segalanya terhadap anak kesayangan masing-masing. Selagi ada kudrat, semua permintaan si anak pasti akan cuba dipenuhi.

Seperti seorang bapa ini yang bertindak meraih bantuan orang lain untuk memberikan sokongan, istimewa untuk anaknya.

Ainn Kahar/Facebook

Kisah itu sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ainn Kahar yang menceritakan bagaimana lelaki itu tiba-tiba datang ke kedainya.

Menurut Ain, lelaki itu bertanya kepadanya mengenai YouTube membuatkan dia dan rakannya berasa agak pelik dengan pertanyaan lelaki tersebut pada mulanya.

Namun selepas itu, lelaki tersebut telah meminta Ain dan rakan-rakannya untuk membantu memberikan sokongan buat video-video anaknya di laman YouTube.

Ainn Kahar/Facebook

Siap minta subscribe lagi. Tindakan bapa penyayang ini amat mengharukan.. Hingga begitu sekali si bapa mahu bantu anaknya.

Menurut si anak, dia berasa terkejut kerana menerima tontonan yang agak banyak. Akuinya, dia dan bapa sebenarnya baru sahaja berbincang bagaimana mahu mendapatkan 1,000 subscriber.

“Tak sangka banyak betul plan dia (bapa). Sedih juga lihat dia sanggup buat begini”, luah anak kepada lelaki itu yang terharu.

Katanya lagi, dia dan bapanya dalam proses untuk melakukan hasil kolaborasi bersama. “Sebenarnya dia lah sifu saya dalam bidang muzik ini”, akhirinya.

Memang terharu lihat usaha bapa ini yang sanggup mahu melihat kejayaan anaknya dalam bidang yang diminati. Semoga berjaya buat kedua-duanya!

Dan jangan lupa saksikan video di bawah ini ya :

DKYH Acoustic/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular