ALOR SETAR – Pencetus kepada jangkitan kluster Sivagangga yang juga merupakan pemilik restoran Nasi Kandar Salleh dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.

Hukuman itu dikenakan pada Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 tahun yang menjalankan perniagaan di pekan Napoh, Kedah.

@bernamadotcom/Twitter

Tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai yang lalu.

Facebook

Beliau dilaporkan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Hadi Hakimi Harun di Hospital Alor Setar pada 13 Ogos.

Tertuduh didakwa telah mengingkari perintah kuarantin wajib dengan pergi ke Bank Rakyat cawangan Jitra, Kubang Pasu pada jam 4:40 petang, 14 Julai lalu.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh sekali lagi meninggalkan premis dengan pergi ke Agro Bank Cawangan Jitra pada jam 3:58 petang.

Beliau kemudian ke Pusat Khidmat Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kubang Pasu pada hari yang sama.

Facebook

Untuk pertuduhan terakhir, beliau telah meninggalkan premisnya dan berada di Public Bank cawangan Jitra pada jam 3 petang, hari yang sama.

Dengan itu, tertuduh didakwa atas kesalahan melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Nezar juga dituduh mengikut Seksyen 22(b) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dijatuhkan hukuman bersalah atas semua pertuduhan oleh Mohd Hadi.

Beliau didenda RM3,000 untuk setiap kesalahan dan penjara selama lima bulan. Namun ia tidak dapat dijalankan ekoran tertuduh masih dalam proses pemantauan di hospital.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular