Kami pasti, ramai antara kita yang apabila berdepan dengan situasi yang tidak dijangka, kita akan cenderung untuk menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan. Dan mungkin, itulah yang dialami oleh seorang insan yang bertemu dengan seekor burung hantu yang tercedera dan tidak boleh terbang.

Burung hantu itu hanya berdiam diri di kaki jalan kerana telah tercedera. Bagaimanapun, selepas balai polis menerima panggilan mengenai penemuan burung hantu ini, dua orang anggota polis telah dikejarkan ke lokasi penemuan untuk membantu burung hantu berkenaan.

“Pagi ini, #Trooper Laroche dari #NHSP menyelamatkan 🦉 (burung hantu) di Laluan 28, membawanya ke CAVES di Concord,” tulis laman Facebook rasmi Polis Negeri New Hampshire dengan disertakan dua keping gambar.

Menerusi salah satu gambar, burung hantu itu diletakkan di bahagian ruangan penumpang belakang dalam kenderaan polis itu. Wajahnya seperti tidak tahu apa yang berlaku, comel betul!

Menurut perkongsian laman Peekme, burung itu ditempatkan di ruangan penumpang belakang agar burung itu tidak berasa takut atau gementar dengan kehadiran manusia berdekatan dengannya.

Oleh itu, dua orang anggota polis itu memutuskan untuk duduk di ruang pemandu dan penumpang hadapan, dan dalam masa yang sama burung hantu itu diletakkan di ruang penumpang belakang.

Setelah dibawa ke pusat pemulihan Wings of Dawn, burung hantu itu dinamakan sebagai “Lucky” yang membawa maksud “bertuah”, mungkin kerana nasibnya yang bertuah kerana diselamatkan. Selepas menjalani pemeriksaan, Lucky didapati tidak mempunyai kecederaan yang serius pada tulang atau kepaknya, sebaliknya hanya mengalami sedikit gegaran atau hentakan sahaja. 

Menerusi kiriman dari Facebook Polis Negeri New Hampshire juga, Lucky akan dibebaskan dalam masa yang terdekat selepas Lucky pulih sepenuhnya.

Terima kasih polis yang baik hati!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular