Pernahkan anda terfikir tentang cara yang betul untuk memegang, mengambil dan membelai kucing kesayangan anda? Nampaknya anda tidak bersendirian ya.

Ramai di antara kita sebenarnya yang masih tidak pasti pendekatan terbaik untuk berinteraksi dengan kucing kesayangan, akhirnya membawa kepada cara yang tidak tepat.

Bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai hal ini, seorang pakar iaitu Dr. Uri Burstyn muncul dengan video yang mendemonstrasikan cara betul untuk mengendalikan kucing.

Langkah 1 – Dekati kucing

Helpful Vancouver Vet/YouTube

Dr. Burstyn menjelaskan perkara terbaik untuk mendekati kucing adalah dengan membengkokkan jari bagi membolehkannya menghidu tangan anda terlebih dahulu.

Jika kucing anda selesa, ia akan membiarkan sahaja dan ketika ini, perlahan-lahan usap atau garukan sisi wajah kucing dan juga di bawah dagunya.

Langkah 2 – Angkat kucing

Helpful Vancouver Vet/YouTube

Untuk mengangkat kucing pula, Dr. Burstyn mengatakan adalah baik jika menjadikan kucing anda rasa tubuhnya cukup ditampung.

Letakkan satu tangan di bawah dada kucing sementara sebelah lagi tangan di bawah perut mereka. Ia tidak hanya membuatkan kucing selesa bahkan ia mengelakkan anda dicakar, digigit atau mengalami kecederaan lain.

Langkah 3 – Pegang kucing

Helpful Vancouver Vet/YouTube

Kemudian, cara yang betul untuk memegang kucing pula. Anda perlu merapatkan tubuh kucing anda ke badan anda. Ini bagi mewujudkan rasa selamat kepadanya.

Dengan cara ini, kucing anda tidak akan mahu melarikan diri daripada anda.

Langkah 4 – Halang kucing daripada lari

Helpful Vancouver Vet/YouTube

Menekan badan kucing anda secara perlahan-lahan akan membuatkan kucing anda kekal tenang dan duduk diam. Maka senanglah jika anda mahu memotong kukunya atau membersihkan mata atau telinga.

Untuk lebih mudah faham, tonton video di bawah :

Helpful Vancouver Vet/YouTube

Apa tunggu lagi, selepas ini pastikan anda gunakan teknik dan tips yang dikongsikan oleh Dr. Burstyn ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular