Bunga orkid sememangnya amat diminati oleh sebahagian individu, di mana ianya memiliki nilai tersendiri yang menjadikan bunga tersebut agak istimewa.

Namun bukan hanya bunga orkid, bahkan tahukah anda tentang kewujudan seekor binatang iaitu mentadak orkid?

MARCO BERTORELLO/AFP via Getty Images

Mentadak orkid atau ‘Hymenopus coronatus’ merupakan mentadak cantik berwarna merah jambu dan putih. Sementara kakinya kelihatan seperti kelopak bunga orkid.

Secara ringkasnya, mentadak yang cukup unik ini pada awal kelahirannya kelihatan seperti semut, di mana tubuhnya berwarna merah sedangkan kakinya pula berwarna hitam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martijn en Marianne Klop (@martijnenmarianne) on

Tidak berapa lama kemudian, keseluruhan tubuh serangga tersebut akan bertukar menjadi warna putih dan akhirnya berwarna putih serta merah jambu yang cantik.

Mentadak orkid jantan lazimnya mempunyai gegelang leher berwarna coklat keungguan manakala yang betina pula berwarna hijau.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martijn en Marianne Klop (@martijnenmarianne) on

Menurut pakar, mangsa yang menjadi makanan kepada mentadak jenis ini lazimnya tertarik dengan warna mentadak ini (yang dianggap sebagai bunga).

Ini kerana serangga yang menjadi mangsa tersebut kebiasaannya merupakan penghisap nektar atau madu bunga.

Untuk pengetahuan anda, mentadak ini yang masih remaja akan memakan serangga-serangga kecil.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martijn en Marianne Klop (@martijnenmarianne) on

Sedangkan mentadak yang telah dewasa pula akan menjadikan cicak, kupu-kupu mahupun lebah dan pelbagai lagi serangga besar sebagai makanannya.

Bahkan ada juga yang memakan buah pisang. Apa-apa pun, serangga ini sememangnya cukup unik dan indah dipandang, bukan?

Saksikan video di bawah :

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular