Hairan tempat duduk motosikalnya kerap kali rosak, seorang wanita, Liao yang menetap di Longtan, bandar Taoyan memutuskan untuk ‘menyiasat’ perkara yang berlaku sebenarnya.

Rupanya-rupanya, ‘pelaku’ sebenar yang merosakkan tempat duduk pada motosikal Liao adalah dua ekor anjing. Mereka mengunyah tempat duduk motosikalnya!

Paparan skrin/YouTube

Liao difahamkan telah berjumpa dengan pemilik anjing tersebut bagi membincangkan perkara berkenaan dan mujurlah kata sepakat dapat dicapai dan mereka berdamai.

Tiada pilihan lain, wanita itu terpaksa menanggal dan menggantikan tempat duduk berkenaan. “Saya dipanggil oleh seseorang ketika insiden itu berlaku”.

“Saya turun bawah dan melihat tempat duduk motosikal saya telah digigit”, cerita Liao. Selain itu, terdapat beberapa lubang (kesan gigitan) pada tempat duduk itu.

Paparan skrin/YouTube

Nasib malang Liao tidak terhenti di situ sahaja. Keesokan harinya, nasib motosikal Liao bertambah buruk. Habis kusyen pada tempat duduk motosikalnya hancur.

Dalam tempoh sebulan sahaja, tempat duduk motosikal Liao telah rosak sebanyak tiga kali. Kasihannya.

YouTube

Berdasarkan rakaman CCTV, seekor anjing berwarna hitam memakai kolar biru yang menggigit tempat duduk motosikalnya.

Anjing berkenaan dilihat menggigit sebelah tempat duduk motosikalnya dan kemudian beralih kepada sebelah yang lain. Ianya berlangsung selama setengah jam.

Paparan skrin/YouTube

Salah seorang jiran yang kebetulan melalui kawasan motosikal itu kemudian bertindak memberitahu Liao akan keadaan motosikalnya pada ketika itu.

Setelah menyiasat, Liao mendapati bahawa anjing sama yang melakukan ‘jenayah’ tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 24 dan 31 Julai.

Manakala seekor lagi anjing hitam dengan sedikit tompok putih pada dadanya juga telah merosakkan kusyen motosikalnya pada 1 Ogos yang lalu.

Paparan skrin/YouTube

Difahamkan Liao terpaksa menghabiskan wang melebihi 7,000 yuan bagi membaiki dan menggantikan kusyennya itu.

Ini kerana, pada kali pertama tempat duduk motosikalnya digigit, Liao telah membaikinya dengan peralatan yang dibeli.

Kemudian, kerosakan kusyen pada kali kedua pula telah digantikan. Punca mengapa kusyen motosikalnya menjadi mangsa gigitan anjing-anjing tersebut masih lagi tidak diketahui.

Liao difahamkan telah beberapa kali membersihkan kusyen motosikalnya dengan cecair peluntur untuk menghilangkan bau.

Namun ianya tidak berkesan untuk menghalang insiden itu daripada terus berlaku.

Paparan skrin/YouTube

Payah juga Liao membaiki kusyen motosikalnya. Dia terpaksa mengangkat motosikalnya itu naik ke tingkat empat memandangkan tiada lif di kediamannya.

“Ia menyusahkan saya dan saya bimbang kusyen motosikal saya akan digigit lagi”, akhiri wanita itu. Minta-minta selepas ini motosikal Liao tidak lagi menjadi mangsa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular