Google mengeluarkan laporan dari Pasukan Analisis Ancaman untuk suku kedua menunjukkan bahawa sejumlah besar saluran YouTube yang berkaitan dengan China telah dihapus sejak bulan April sehingga Jun 2020. 

Jumlah itu adalah lebih 9 kali ganda berbanding suku pertama tahun 2020.

Laporan suku tahunan Google mendedahkan bahawa sebanyak 2,596 saluran YouTube yang berkaitan dengan China telah dihapus dari bulan April sehingga Jun tahun ini iaitu peningkatan 9 kali ganda berbanding hanya 277 saluran YouTube pada suku pertama tahun 2020. 

Pixabay/Gambar Hiasan

Sebilangan besar saluran yang dipadam atau dihapus biasanya menyiarkan ‘spam’ dan ‘kandungan bukan politik’, tetapi sebahagian kecil daripadanya merupakan ‘kandungan politik’. Google dalam kenyataan itu berkata kandungan yang disiarkan oleh saluran-saluran ini termasuk kandungan mengenai tindak balas Amerika Syarikat terhadap pandemik virus PKC (COVID-19) dan kandungan mengenai bantahan keadilan kaum. 

Google berkata hasil siasatan adalah sama seperti yang dibentangkan dalam laporan siasatan bertajuk “Return of the (Spamouflage) Dragon” yang diterbitkan oleh syarikat analisis media sosial Graphika pada bulan April 2020.

Laporan tersebut merujuk kepada muncul sebilangan besar akaun tanpa nama yang mencurigakan di media sosial sejak awal tahun 2020, berkenaan berita palsu mengenai pergerakan sosial di Hong Kong dan epidemik pneumonia Wuhan.

Pixabay/Gambar Hiasan

Google berkata sebahagian besar saluran YouTube ini dilancarkan pada awal tahun 2020, dengan tujuan untuk mempromosi dan mempengaruhi secara global. 

Pada masa sama, Google turut menyiasat tindakan berpengaruh berkaitan Rusia dan Iran. Setakat ini, puluhan saluran YouTube telah ditutup, tetapi skala yang relevan adalah agak kecil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular