Apa agaknya pencapaian kita ketika usia 6 tahun yang lalu ya? Seorang budak lelaki dari Iran ini walau bagaimanapun, berjaya mencuri perhatian netizen dek kerana fizikal tubuhnya.

Arat Hosseini difahamkan telah dilatih semenjak daripada kecil lagi oleh bapanya untuk membina tubuh yang kelihatan sangat berotot sebegini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Bapa Arat, Mohammad mendedahkan bahawa anaknya itu telah mula melakukan gimnastik ketika berusia 9 bulan lagi!

Nama Arat kemudiannya makin dikenali ramai setelah bapanya memuat naik beberapa video Arat di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Ketika di usia 3 tahun, Arat sudah mampu memanjat dinding di rumahnya. Setahun selepas itu, Mohammad juga memuat naik video Arat bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Di usia yang masih mentah, rasanya tiada kanak-kanak yang mempunyai tubuh berotot seperti Arat ini bukan? Ini kerana Arat berlatih pada setiap hari.

Bukan tubuhnya sahaja yang harus dibanggakan, malah dia turut mampu melakukan aksi gimnastik yang agak sukar dan beberapa pergerakan atletik yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Memiliki lebih 3.9 juta pengikut di Instagram, Arat difahamkan telah berhubung dengan pemain bola sepak terkenal yang juga idolanya, Lionel Messi!

Kata Arat, setelah dia dewasa kelak, dia mahu bermain bola sepak untuk kelab Barcelona juga, seperti Messi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Agak mengagumkan apabila Arat juga sedang dalam latihan bersama Akademi Liverpool dan dia juga terpaksa menolak tawaran untuk berlatih bersama akademi Arsenal, Manchester United dan Barcelona.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Kini difahamkan mereka sekeluarga tinggal di Liverpool – tempat di mana Arat berlatih bersama Akademi Liverpool. Mereka hanya pulang ke Iran jika musim cuti sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arat Hosseini (@arat.gym) on

arat.gym/Instagram

Sememangnya sokongan padu daripada ahli keluarga ternyata mampu melakukan sesuatu yang luar biasa kepada prestasi kita sebenarnya. Selamat maju jaya buat Arat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN

Video Popular