Sekiranya anda tinggal di Shah Alam atau pernah ke sana atas urusan kerja dan peribadi, pasti anda sudah arif dengan jalan rayanya yang selain banyak bulatan, ibu negeri Selangor itu juga mempunyai banyak lampu isyarat di setiap persimpangannya yang mengambil masa menunggu bertukar hijau agak lama.

Walaupun kita memahami tujuannya untuk mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan kita secara lebih baik, namun masa menunggunya yang terlalu lama kadang kala menyusahkan pengguna jalan raya sehingga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

@izatiesyazlinaa/Twitter

Oleh kerana menunggu terlalu lama, kadang kala pelbagai aktiviti lain boleh kita lakukan di dalam atau di atas kenderaan masing-masing.

Baru-baru ini sebuah video tular yang dikongsi oleh pengguna Twitter, @izatiesyazlinaa, dengan kira-kira 420 ribu tontonan netizen merakam seorang penunggang motosikal sedang dengan selambanya melepak selesa di atas motosikal seolah-olah dia berada di kawasan rehat dan rawat.

 

@izatiesyazlinaa/Twitter

Abang rider ini yang berpakaian serba hitam, santai sahaja berbaring dengan menyilangkan kaki sambil berehat di atas motosikal, menunggu dengan penuh sabar lampu isyarat bertukar hijau di persimpangan lampu isyarat di salah sebuah lokasi di Shah Alam.

Ini kerana dia sedang menunggu ‘countdown’ di lampu isyarat yang tertera 199 saat dan fikirnya ia terlalu lama, jadi membolehkannya untuk berehat seketika dalam jangka masa itu.

@izatiesyazlinaa/Twitter

Gaya selambanya telah membuat pengguna jalan raya lain yang melihat termasuk @izatiesyazlinaa, tidak dapat menahan ketawa dan dia memutuskan untuk merakam aksinya serta berkongsi momen lucu itu dengan semua orang.

Tidak mengapalah kerana dia menggunakan masa lapangnya dengan kreatif dan dapat pula menghiburkan orang yang sedang ‘tension’ menunggu lampu hijau, asalkan tidak membahayakan orang lain dan dirinya sendiri sudahlah.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular