Umumnya, magma merupakan campuran batuan lebur yang tersimpan di dalam lapisan bumi dengan suhu antara 700°C hingga mencecah 1,200°C.

Setelah keluar ke permukaan bumi menerusi lohong gunung berapi, ia akan menjadi lava atau lahar.

Ketika cair, ia mampu memancut dan mengalir agak jauh ekoran suhu yang sangat panas sebelum membeku menjadi batuan.

RICHARD BOUHET/AFP via Getty Images

Ingin tahu bagaimana ahli geologi mengambil lava di kawasan gunung berapi? Lihat video di bawah :

Video ini diperolehi daripada pihak USGS yang menunjukkan ahli geologi, Tim Orr mengambil sampel lava daripada aliran Kilauea di Hawaii pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk tujuan penyelidikan, persampelan lava adalah penting bagi mendapatkan pengetahuan lanjut mengenai keadaan di dalam ruang magma gunung berapi.

Untuk pengetahuan anda, hasil eksperimen makmal mendedahkan bahawa semakin banyak magnesium yang terdapat pada magma, maka suhunya akan menjadi lebih panas.

Oleh itu, analisis kimia memberikan kaedah bukan sahaja untuk menentukan sejarah penghabluran lava bahkan turut membantu menentukan suhu di mana ia meletus.

RICHARD BOUHET/AFP via Getty Images

Menariknya, lava yang terdedah ke udara dan menyejuk berwarna hitam sedangkan ketika cair, ianya berwarna jingga terang seperti lampu neon.

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular