Peningkatan jangkitan COVID-19 di Malaysia baru-baru ini agak membimbangkan dan pasti membuatkan kita semua berwaspada dengan ‘gelombang kedua’ yang bakal melanda. Penting untuk semua orang agar terus berhati-hati dan mempraktikkan penjarakan sosial.

Kluster PUI Sivaganga menjadi contoh jelas untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk kita selalu menggunakan aplikasi seperti MySejahtera dan SELangkah bagi tujuan menjejak mereka yang dijangkiti virus ini.

Premis makanan di Kedah tersebut tidak mengikuti SOP yang ditetapkan pihak berkuasa dengan tidak pernah memeriksa suhu badan pelanggan atau menyimpan buku log pelawat.

Unsplash/Gambar Hiasan

Ini menjadikan pengesanan mereka yang berhubungan rapat dengan kluster PUI Sivagangga sangat sukar dan boleh menyebabkan gelombang kedua COVID-19 melanda sekali lagi di negara kita.

Hakikat bahawa kebanyakan premis tidak berhati-hati untuk menyediakan buku log atau aplikasi jejak kontak menggunakan kod QR agak membimbangkan. Terutama kerana membuat kod QR yang dapat diimbas untuk daftar masuk di bawah aplikasi jejak kontak MySejahtera yang disyorkan kerajaan adalah sangat mudah!

MySejahtera

Sebenarnya, anda boleh membuat kod QR yang boleh diimbas sendiri di bawah aplikasi ini bagi semua acara sosial untuk premis dan kediaman anda.

Ikuti cara mudah seperti tertera di bawah:

1.Lawati laman sesawang MySejahtera.

MySejahtera

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah melayari laman sesawang MySejahtera melalui capaian di sini.

Apabila anda berada di sana, pergi ke ‘MySejahtera Check-In’ seperti yang dilihat di bawah:

Klik ‘Daftar MySejahtera Check-In’ dan teruskan ke langkah seterusnya.

MySejahtera

2.Daftar nombor telefon pintar anda dan tunggu OTP

Daftarkan nombor telefon dan masukkan OTP yang dihantar.

MySejahtera

3.Masukkan butiran untuk kod QR anda.

Seterusnya, masukkan nama premis perniagaan anda atau jika ada untuk acara keraian rumah anda, masukkan sahaja nama yang anda rasa sesuai dalam ruang ‘Company Profile’. Contohnya ‘Kenduri Kahwin Si Polan’ atau apa sahaja nama spesifik dengan tujuan majlis anda.

Selepas itu, masukkan nama kenalan anda, alamat di mana kod QR akan digunakan dan dihantar.

4.Muat turun kod QR dan cetak.

MySejahtera

Mudah sahaja! Kod QR kini sudah tersedia dan anda boleh mencetaknya dengan segera, menghantar e-mel ke alamat e-mel anda atau memuat turunnya ke komputer peribadi atau telefon pintar anda.

Selepas itu, anda boleh log masuk menggunakan telefon bimbit anda melalui laman sesawang dan kemas kini kod QR tersebut sekiranya terdapat perubahan.

MySejahtera

Cukup mudah! Mudah-mudahan semua orang boleh mulakan untuk mengguna fungsi MySejahtera ini ketika mengadakan acara sosial seperti majlis perkahwinan, ulang tahun atau rumah terbuka. 

Bersama-sama kita hentikan penyebaran COVID-19 dengan mempraktikkan penjarakan sosial, juga menjaga kebersihan dan pergerakan secara kendiri. Kita jaga kita!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular