Bagai anjing dengan kucing, mungkin perumpamaan itu tidak lagi relevan pada masa kini memandangkan realiti kucing dan anjing banyak yang berkawan baik.

Itulah yang berlaku antara pada Cricket dan juga Mo, pasangan kucing dan anjing yang hidup berjiran di Seattle, Washington, Amerika Syarikat.

Cricket and Mo/Instagram

Seperti kanak-kanak, Mo si kucing akan ‘melekat’ sahaja bersama rakan karibnya, Cricket. Mereka akan bermain, berjalan dan melompat bersama.

Tuan Mo, Doree berkata bahawa kucingnya akan duduk di belakang pagar rumah mereka kerana menunggu rakan karibnya, Cricket keluar bermain dengannya.

Cricket and Mo/Instagram

Ke mana sahaja Mo pergi, pasti Cricket akan mengikuti langkahnya. Kadang kala, Mo akan duduk dan memerhatikan sahaja gerak geri rakannya yang berpusing-pusing di sekelilingnya.

Cricket and Mo/Instagram

Ada juga suatu ketika di mana Mo akan melawat rakannya dan memakan makanan Cricket.

Setelah kenyang, kedua-dua rakan karib itu akan bergerak ke halaman untuk bermain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cricket and Mo (@cricket.and.mo) on

“Walaupun mereka memiliki banyak perbezaan, namun mereka bergaul dengan baik. Ini membuktikan bahawa kita juga boleh bergaul dengan orang yang berbeza dengan kita”, kata Doree.

Cricket and Mo/Instagram

Kedua-dua rakan karib ini menjadi pasangan popular dan kini memiliki akaun Instagram sendiri. Lihatlah aksi mereka berdua :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cricket and Mo (@cricket.and.mo) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cricket and Mo (@cricket.and.mo) on

Peminat mereka berdua rata-ratanya mahu Cricket dan Mo untuk tetap berjiran selamanya. Sememangnya, pasangan rakan baik itu amat comel bersama!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular